web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Jadi Mangsa Culik, Rahsiakan Privasi Anak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 9:33PM

Ibu bapa seharusnya sedar bahawa tidak semua perkara boleh dikongsi dengan ‘orang luar’ . - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Dalam memenuhi tanggungjawab sebagai pelindung, terdapat keperluan untuk ibu bapa menjaga dan memantau maklumat serta privasi anak agar ia tidak terdedah kepada risiko penculikan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pemesatan dunia digital ketika ini, sebenarnya sangat memudahkan jenayah berlaku, termasuk kes penculikan yang semakin banyak dilaporkan.

Menurut beliau, ibu bapa seharusnya sedar bahawa tidak semua perkara boleh dikongsi dengan ‘orang luar’ disebabkan anak mereka berkemungkinan terdedah kepada perkara tidak diingini.

“Kanak-kanak sangat terdedah kepada bahaya apabila tiada bersama ibu bapa seperti sewaktu pulang dari sekolah, bermain di luar rumah dan sebagainya. 

“Mungkin dalam neraca peribadi kita, ia hanya sekadar sekeping gambar anak sedang tersenyum ketika dirakam kamera telefon di pekarangan sekolah. 

“Namun, maklumat itu boleh membuka ruang dan peluang kepada penculik untuk mengetahui lokasi sekolah anak, waktu tamat sesi sekolah dan bagaimana mereka pulang ke rumah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Marzuk turut meluahkan kesedihan mengenai kes penculikan terhadap kanak-kanak dan wanita yang semakin kerap dilaporkan kini, malah ia sepatutnya membuka mata masyarakat supaya lebih berwaspada terhadap persekitaran.

Jelasnya, konsep pemeliharaan terhadap nyawa (hifz al-nafs) adalah prinsip kedua terpenting dalam maqasid syariah.

“Sesungguhnya Islam sangat melarang perbuatan memperlakukan orang yang merdeka sebagai hamba.

“Marilah kita rakyat Malaysia menjadi masyarakat bertanggungjawab dalam memerhatikan keselamatan kanak-kanak di sekeliling, selain ibu bapa yang menjaga maklumat dan privasi anak daripada terdedah kepada penculikan,” katanya. - Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Dipukul Dengan Tukul Besi, Wanita Maut Di Tangan Anak Sendiri

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Beri Anak Susu Bercampur Dadah, Ibu Mengaku Salah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000