web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Telur Tidak Naik Atau Apung, Kerajaan Jamin Jaga Keperluan Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 3:33PM

Harga kawalan telur bagi gred A, B dan C tidak akan dinaikkan atau diapungkan bagi menjaga kepentingan rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Harga kawalan telur bagi gred A, B dan C tidak akan dinaikkan atau diapungkan demi menjaga keperluan rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Kabinet hari ini.

Menurut beliau, Kabinet turut mengambil kira peningkatan kos pengeluaran dan harga kawalan yang menyebabkan pengeluar mengalami kerugian.

“Masalah itu juga menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran, sekali gus menyebabkan bekalan berkurangan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata, Kabinet dalam menangani masalah tersebut bersetuju menerima syor dikemukakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pasukan khas inflasi diketuainya.

“Ia melibatkan kenaikan jumlah subsidi kepada lapan sen berbanding tiga sen sebelum ini, sekali gus bermakna kerajaan akan menanggung subsidi lebih daripada RM90 juta sebulan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, Kabinet juga bersetuju agar dasar subsidi ayam bulat yang sedia ada diteruskan.

“Bagi meningkatkan bekalan minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram terutama bagi rangkaian kedai Jualan Murah Keluarga Malaysia, Kabinet bersetuju untuk meluluskan kuota tambahan sementara sebanyak 5,000 tan metrik sebulan kepada KPDNHEP,” katanya.

Mesyuarat Kabinet hari ini tamat pada jam 12.20 tengah hari, dan desas-desus menyatakan ia adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan. – Getaran, 7 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki