web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dana Sektor Kreatif Perlu Dilaksanakan Walaupun Berlaku Perubahan Kerajaan - Komposer Azmeer

Azmeer juga berkata, persetujuan kerajaan bagi mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran memberi manfaat kepada semua pihak.

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 12:00PM

Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran memberi manfaat kepada semua pihak. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rata-rata karyawan muzik tanah air menyambut baik usaha kerajaan untuk menyediakan Dana Kandungan Digital (DKD) sebanyak RM102 juta.

Namun, komposer Dr Azmeer berharap peruntukan bagi sektor kreatif dalam Bajet 2023 secara keseluruhan  akan dapat dikekalkan walaupun berlaku perubahan bagi keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku  kerana ada ura-ura mengatakan PRU15 akan diadakan tidak lama lagi, dan kita tidak tau siapa yang akan menerajui kepimpinan negara selepas ini.

“Jadi, jika terdapat perubahan dalam kepemimpinan sekarang, kerajaan harus memastikan peruntukan Bajet 2023 bagi bidang kreatif akan dapat dikekalkan,” katanya kepada Getaran.

Azmeer atau nama sebenarnya, Mohd Azhar Abu Bakar berkata, peruntukan besar tersebut diharap dapat memacu industri kreatif tempatan ke peringkat antarabangsa.

Bahkan, dia juga berpendapat, peruntukan Bajet 2023 serta peruntukan bagi tahun sebelumnya sememangnya dapat dimanfaatkan penggiat seni agar tidak ditelan zaman ketika pandemik ini.

“Peruntukan besar ini merupakan langkah permulaan yang bagus dari kerajaan bagi mempertingkatkan industri seni termasuk industri muzik.

“Malah saya pun turut mendapat pelbagai feedback yang positif dari rata-rata penggiat seni yang mengatakan bantuan kerajaan serta peruntukan dalam bajet sangat membantu industri ini untuk mempertingkatkan lagi sumber pendapatan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azmeer berkata, persetujuan kerajaan bagi mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas peralatan studio dan produksi penggambaran memberi manfaat kepada semua pihak.

“Kita harap pembekal dapat mengurangkan harga-harga peralatan, memandangkan kerajaan memberikan pengecualian duti import dan cukai jualan.

“Kalau mereka tetap jual peralatan studio dan produksi dengan harga yang sama atau lebih tinggi, memang tiada manfaatlah pengecualian cukai  ini kepada penggiat seni ,” tambahnya.

Sementara itu Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez pula berkata, peruntukan kerajaan untuk merancakkan penghasilan produk filem negara dalam memacu perkembangan industri seni kreatif dalam pembentangan Bajet 2023 hari ini amat disambut baik.

Freddie Fernandez
Freddie Fernandez

“Usaha kerajaan untuk mempertingkatkan industri seni dengan menyediakan peruntukkan yang besar ini adalah suatu usaha terbaik yang  dilakukan kerajaan untuk membantu menjana ekonomi seni kreatif.

“Malah, peruntukan sebanyak RM25 juta untuk tujuan program merakyatkan Seni Budaya dan Warisan juga secara tidak langsung membantu persatuan-persatuan seni lebih rancak menganjurkan program seni kepada masyarakat,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, pihaknya akan mempergiatkan lagi program-program seni budaya dan warisan selaras dengan peruntukkan yang dibahagikan. - Getaran, 8 Oktober 2022.

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelan Tindakan Fasa Pertama Tangani Isu Industri Kreatif Mula Suku Ketiga Tahun Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwa Terbabit Batalkan Pengecualian Cukai, MOF Buat Laporan Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Guan Eng Tidak Pernah Batalkan Pengecualian Cukai Yayasan Albukhary – Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kenyataan Guan Eng Tidak Sentuh Intipati Saya Nyatakan - Muhyiddin

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini