web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenyataan Guan Eng Tidak Sentuh Intipati Saya Nyatakan - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 2:00PM

Muhyiddin mendakwa selepas PH mengambil alih kerajaan pada Mei 2018 LHDN enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini kepada Yayasan AlBukhary. - Gambar hiasan Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kenyataan Lim Guan Eng berhubung pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan AlBukhary tidak menyentuh langsung intipati yang dinyatakan beliau sebelum ini.

Menurut Muhyiddin, beliau menerima surat rayuan daripada Yayasan AlBukhary semasa beliau menjadi Perdana Menteri yang memaklumkan pihak terbabit telah menerima pengecualian cukai untuk kerja-kerja amal Islam.

Beliau turut mendakwa pengecualian cukai tersebut diberikan di bawah Seksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bagaimanapun, dakwa beliau, selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini dan mengenakan semula cukai berserta 45 peratus cukai penalti terhadap Yayasan AlBukhary.

“Guan Eng merupakan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas LHDN pada masa itu.

“Oleh itu, beliau bertanggungjawab terhadap keputusan untuk mengenakan semula cukai dan cukai penalti 45 peratus ke atas Yayasan Albukhary yang merupakan sebuah pertubuhan melakukan kerja-kerja amal Islam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Guan Eng menafikan dakwaan beliau membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary semasa menjadi Menteri Kewangan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Susulan itu, awal hari ini, Pengerusi DAP tersebut memberi masa sehingga Rabu depan kepada Muhyiddin untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah dibuatnya berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada yayasan berkenaan.

Katanya, jika Muhyiddin gagal berbuat demikian, beliau akan memfailkan saman fitnah terhadap mantan Perdana Menteri itu.

Muhyiddin dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam untuk direkodkan kenyataannya, dan antara isu yang dibangkitkan oleh agensi antirasuah itu ialah rayuan terhadap pembatalan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memberitahu pemberita selepas disoal siasat bahawa beliau akan didakwa atas tuduhan salah guna kuasa kerana memberikan semula pengecualian cukai yang diberikan kepada yayasan terbabit ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin berkata, ketika menerajui kerajaan, beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan tentang perkara itu, sebaliknya, keputusan untuk menimbangkan rayuan yang dibuat oleh Syed Mokhtar itu diputuskan oleh Kementerian Kewangan dan LHDN. - Getaran, 11 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad