web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelan Tindakan Fasa Pertama Tangani Isu Industri Kreatif Mula Suku Ketiga Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 7:00AM

Semua permasalahan itu akan diselesaikan mengikut fasa, menerusi pelan tindakan yang telah dibentangkan dalam satu perbincangan antara KKD bersama agensi di bawahnya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelan tindakan fasa pertama bagi menyelesaikan isu yang membelenggu pemain industri kreatif tempatan, akan bermula seawal suku ketiga tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata semua permasalahan itu akan diselesaikan mengikut fasa, menerusi pelan tindakan yang telah dibentangkan dalam satu perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama agensi di bawahnya, semalam.

Fahmi berkata perbincangan tersebut adalah untuk menganalisis dapatan daripada empat sesi dialog awam bersama pemain industri muzik, persembahan, industri kreatif dan filem, yang telah diadakan sebelum ini.

“Enam bulan pertama, saya ingin pastikan suara pemain industri kreatif didengari. Semestinya, mereka lah yang paling tahu masalah yang berlaku dalam industri ini. Saya telah mendengar suara anak seni melalui empat sesi dialog awam.

“Adakah ‘mendengar’ sahaja sudah cukup? Tidak. Itu hanya langkah pertama untuk saya faham masalah yang dihadapi,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau semalam.

Justeru, Fahmi berkata pelan tindakan yang dibentangkan dalam perbincangan itu merupakan selangkah ke arah reformasi industri kreatif tanah air. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 30 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi