web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa Terbabit Batalkan Pengecualian Cukai, MOF Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 4:36PM

MOF sama ada melalui mantan Menteri Kewangan atau pegawainya tidak membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary sebelum ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis akan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MOF) berhubung dakwaan palsu yang mengaitkan kementerian itu dengan Yayasan Albukhary.

Jurucakap kementerian berkata, MOF sama ada melalui mantan Menteri Kewangan atau pegawainya tidak membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary sebelum ini.

Menurut beliau, perkara itu juga telah dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 21 Mac lalu.

“Kementerian mengambil maklum berhubung penularan di media sosial ketika ini, bahawa mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

“Menurut kenyataan yang tular itu, surat pembatalan berkenaan didakwa ditandatangani oleh pegawai MOF,” katanya hari ini.

Jurucakap itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Mac lalu di Dewan Rakyat telah memberitahu, Yayasan Albukhary diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan sebagai institusi yang ditubuhkan bukan untuk mencari keuntungan, tetapi berpaksikan kepada tujuan amal semata-mata.

“Kementerian Kewangan memandang serius tuduhan ini dan laporan polis akan dibuat atas dakwaan palsu ini,” tegasnya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mendakwa, pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary sebelum ini telah dibatalkan oleh Lim Guan Eng, sewaktu Pengerusi DAP itu menyandang portfolio Menteri Kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Susulan dakwaan, Guan Eng semalam membuat laporan polis ke atas mantan Perdana Menteri itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Muhyiddin selaku Presiden BERSATU telah mengulangi fitnah berkenaan menerusi satu kenyataan media dan sidang media, masing-masing pada 11 serta 12 Mac lalu. - Getaran, 23 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

KWSP Peruntuk RM97 Bilion Bagi Pelaburan Domestik Pada 2023 - MOF

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jaminan Kewangan Ditandatangani PM Dijangka Stabilkan Kedudukan Kewangan FELDA

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelajar IPT, Belia Boleh Mula Daftar E-Belia Rahmah Isnin Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bantuan Belia Rahmah Peruntuk RM400 Juta, Ringankan Beban 2 Juta Belia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi