web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Edar Cecair Vape Kandungi Dadah, 7 Termasuk Wanita Indonesia Ditahan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 1:11PM

Polis menahan 7 orang termasuk seorang wanita menerusi serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor, dua hari lalu. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan sindiket dadah melibatkan penggunaan cecair vape susulan penahanan tujuh individu termasuk seorang wanita Indonesia.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kesemua suspek diberkas pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) PDRM menerusi empat serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor, antara jam 7 hingga 10.50 malam, dua hari lalu.

Menurut beliau, ketujuh-tujuh mereka yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 34 tahun dipercayai terlibat dengan aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah untuk pasaran tempatan.

“Serbuan tersebut berjaya menghasilkan rampasan bernilai RM3.44 juta,” katanya hari ini.

Kesemua rampasan berkenaan jelas Noorsiah, terdiri daripada 104.16 liter cecair ketamin dalam bentuk perisa vape, 27.56 gram syabu dan 160 biji pil yaba yang boleh digunakan 10,416 penagih.

“Sindiket ini dipercayai mula aktif sejak awal tahun lalu dan bergerak menggunakan modus operandi mencampurkan cecair ketamin dalam perisa vape.

“Mereka juga menggunakan perkhimdatan kurier untuk mengedarkan semua dadah tersebut,” katanya.

Noorsiah memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua tahanan direman antara lima hingga tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Saringan awal ke atas suspek mendapati lima daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan benzo.

“Dua suspek lagi didapati negatif dan semakan rekod jenayah mendapati enam suspek memiliki rekod lampau berkaitan dadah serta jenayah lain,” katanya.

Katanya, polis juga mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita aset sindiket bernilai RM37,407.50.

“Semua aset itu terdiri daripada tiga kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Honda Civic dan dua motosikal masing-masing Yamaha RXZ dan Wmoto.

“Turut disita ialah wang tunai berjumlah RM2,530 dan barang kemas bernilai RM3,077.50,” katanya. - Getaran, 15 Oktober 2022







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah