web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasatan Perolehan Kenderaan, Pembantu Khas Datuk Direman 7 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 7:40PM

 Seorang pegawai khas kepada ketua jabatan bergelar Datuk direman selama 7 hari sehingga 26 Oktober ini bagi membantu siasatan perolehan kenderaan. - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang pegawai khas kepada ketua jabatan bergelar Datuk direman hari ini untuk membantu siasatan perolehan kenderaan.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, ia adalah susulan kepada penahanan Datuk terbabit semalam.

Katanya, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan semalam ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan.

“Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek  direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 26 Oktober setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi,” katanya kepada Getaran.

Getaran semalam melaporkan, seorang Ketua Jabatan agensi kerajaan yang bergelar Datuk direman selepas dipercayai menerima rasuah dan menyalah guna kuasa berhubung pelantikan sebuah syarikat.

Sumber memberitahu, pelantikan syarikat tersebut dibuat bagi tujuan perolehan empat kenderaan pada 2017.

“Perolehan empat kenderaan itu yang berjumlah lebih RM290,000 adalah untuk kegunaan sebuah program dilaksanakan agensi tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya. – Getaran, 19 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi