web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Ikrar Bantu Komuniti Akademik Jika Diberi Mandat Sebagai PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 10:00AM

Anwar Ibrahim ketika berucap pada Syarahan Umum Memorial Tan Sri Dr B C Sekhar 2022 di Royal Lake Club di sini, malam tadi. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memastikan komuniti akademik diberikan peruntukan mencukupi yang diperlukan mereka bagi memastikan masa depan lebih inovatif, sekiranya beliau diberi mandat untuk memimpin negara sebagai Perdana Menteri.

Calon Perdana Menteri PH itu menegaskan, beliau akan berusaha menghapuskan stereotaip, dengan mendakwa Malaysia terhad kepada ‘masyarakat pertanian yang hanya boleh maju ke tahap tertentu’.

“Kerajaan saya pimpin nanti bukan sahaja akan menyediakan pembiayaan dan kemudahan diperlukan (saintis dan penyelidik), tetapi juga memastikan universiti serta sekolah di Malaysia, lebih bersedia untuk memupuk minda hebat.

“Meletakkan ia (institut tempatan) pada standard lebih tinggi akan mendorong (inovator) meraih peluang ditawarkan dunia yang lebih luas,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap sebagai tetamu kehormat pada Syarahan Umum Memorial Tan Sri Dr B C Sekhar 2022 di Royal Lake Club di sini, malam tadi.

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Acara itu ditaja Yayasan Vinod Sekhar yang diketuai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRA, Datuk (Dr) Vinod Sekhar yang juga anak kepada mendiang B C Sekhar, iaitu seorang ahli akademik yang ‘mengabdikan’ sepanjang hidupnya bagi mencapai kecemerlangan saintifik dan akademik.

Ia dianjurkan Persatuan Sains Malaysia dan disokong Sime Darby Plantation, Lee Foundation, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Majlis Minyak Sawit Malaysia, Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia dan United Plantations Bhd.

Anwar turut kesal dengan masalah dihadapi di negara ini sambil mendakwa keadaan terbabit diburukkan lagi dengan ‘sistem pendidikan suram dan merosot’ yang memaksa individu cemerlang, meningkatkan kemahiran mereka dengan melanjutkan pengajian di tempat lain.

“Kita mempunyai universiti dan institusi hebat untuk pendidikan tinggi serta latihan, malangnya ia dikuasai pengecut akademik dan pengetahuan yang dicemar politik toksik.

“Pembiayaan yang tidak konsisten dan ketidaktentuan kerajaan juga akan membelenggu pemikiran golongan ini.

“Kita tidak sepatutnya terkejut (jika) kita ‘kehilangan’ (ahli akademik ini) kepada situasi lebih baik ditawarkan tempat lain?” katanya.

Vinod Sekhar (depan) dan Anwar Ibrahim (tengah) pada Syarahan Umum Memorial Tan Sri Dr B C Sekhar 2022 di Royal Lake Club di sini, malam tadi.
Vinod Sekhar (depan) dan Anwar Ibrahim (tengah) pada Syarahan Umum Memorial Tan Sri Dr B C Sekhar 2022 di Royal Lake Club di sini, malam tadi.

Mengulas mengenai warisan mendiang B C Sekhar, Anwar menyifatkan beliau sebagai ‘individu yang menentang stereotaip’ dan memandang ke hadapan untuk mencapai sesuatu sebagai seorang saintis.

“Negara yang boleh melahirkan insan seperti Dr Sekhar tidak seharusnya berada dalam situasi begitu teruk, terutama membabitkan bidang sains, penyelidikan, teknologi dan pembangunan,” katanya.

Acara itu juga menyaksikan perbincangan panel mengenai bagaimana memanfaatkan teknologi sempadan untuk ‘pertanian pintar iklim’.

Ia menampilkan tokoh terkemuka seperti Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Zainab Idris; Pengarah Pembangunan Pengeluaran Lembaga Getah Malaysia, Mohd Nasaruddin Mohd Aris serta pengasas bersama dan rakan kongsi pengurusan Spruce Capital Partners, Ganesh M Kishore. – The Vibes, 22 Oktober 20

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 2 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan