web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wakil DAP P. Pinang Buat Laporan Polis Terhadap Tajuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 4:09PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Wakil DAP Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan berbau perkauman, oleh penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid berkata pihaknya mahu polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin, kerana kenyataannya disifatkan sebagai menyentuh sentimen perkauman.

“Penyandang Parlimen Pasir Salak itu dalam wawancara tersebut, telah membuat beberapa dakwaan dan kenyataan yang palsu malah menyentuh sentimen perkauman, yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis bersama penyandang Parlimen Jelutong RSN Rayer di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong mengesahkan dua wakil dari DAP hari ini membuat laporan polis berhubung perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini media melaporkan Lim yang juga Pengerusi DAP, mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Tajuddin berhubung kenyataan penyandang kerusi Parlimen Pasir Salak itu, sewaktu menjadi ahli panelis program Wacana Sinar, mendakwa Lim menjadikan Kementerian Kewangan sebagai tokong Cina selain meminggirkan pegawai Melayu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini