web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Love Scam, RM2.7 Juta Lesap Ditipu ‘Juruterbang’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 8:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkenalan seorang wanita dengan ‘juruterbang warga Amerika Syarikat’ hanya mengundang malang apabila wang simpanannya berjumlah lebih RM2.7 juta lesap dikebas Love Scam.

Kisah ‘percintaan’ wanita berusia 44 tahun itu bermula apabila dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi Tinder sejak November tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Superintendan Mahidisham Ishak, berkata lelaki terbabit mendakwa dirinya sebagai seorang bekas juruterbang di sebuah syarikat penerbangan di luar negara.

“Sepanjang lima bulan perkenalan, mangsa beberapa kali diminta membuat bayaran ke dalam dua akaun syarikat tempatan kononnya untuk membiayai kursus penerbangan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, setelah melakukan beberapa transaksi atas permintaan suspek, mangsa yang sudah kehabisan wang simpanan terpaksa meminta bantuan kewangan daripada ahli keluarganya untuk ‘membantu’  teman lelakinya itu.

“Mangsa akhirnya tersedar menjadi mangsa penipuan selepas dinasihatkan oleh keluarganya, sebelum bertindak membuat laporan polis.

“Secara keseluruhan, mangsa mengalami kerugian berjumlah RM2.77 juta,” katanya.

Mahidisham berkata, pihaknya membuka 72 kertas siasatan berkait kes Love Scam tahun lalu berbanding hanya 42 kertas siasatan, pada 2019.

‘Data menunjukkan kebanyakan mangsa adalah wanita berusia antara 30 hingga 60 tahun dan terdiri daripada golongan yang berpendidikan serta bekerjaya.

“Kita menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan hubungan percintaan yang dijalin menggunakan media sosial sebagai  platform.

“Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis dan pujuk rayu orang tidak pernah dikenali secara bersemuka dan seterusnya memberikan bantuan kewangan tanpa usul periksa,” katanya.

Katanya, orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah atau apa sahaja aktiviti yang mencurigakan dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 - 2115 9999 atau balai polis berhampiran. - Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

2

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang