web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: JDT Benam PJ City FC, Temu Kelantan Di Suku Akhir

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 7:47AM

Bergson (tengah) dikawal rapat dua pemain pertahanan PJ City FC Aroon Kumar Ramaloo dan Filemon Anyie Standly pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti diduga mara ke suku akhir Piala Malaysia 2022 dengan agregat 6-0 selepas mengalahkan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) 2-0 pada perlawanan kedua pusingan 16 pasukan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Naib juara piala berprestij itu tahun lalu, Skuad Harimau Selatan itu memperoleh bekalan selesa 4-0 pada perlawanan pertama, JDT membuka jaringan seawal minit keempat menerusi  rembatan padu jarak jauh penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva.

Bergson kemudian melakukan umpanan yang baik buat pemain gantian, Fernando Forestieri untuk menggandakan jaringan pada minit ke-73 bagi skuad Harimau Selatan itu.

JDT yang segar daripada kejayaan muncul juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut dan menjulang Piala FA 2022 baru-baru ini, seterusnya akan berdepan Kelantan FC, yang menewaskan Sarawak United FC dengan agregat 2-1.

Skuad ‘The Red Warriors’ membuka jaringan menerusi Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-13 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, sebelum Sarawak United menyamakan kedudukan menerusi tandukan Raja Imran Shah pada minit ke-31.

Namun, bekalan satu gol dari aksi pertama membawa Kelantan ke suku akhir.

Sementara itu, satu lagi perlawanan suku akhir bakal menyaksikan pertembungan di antara Sabah FC dan Kuching City FC.

Sabah mara menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas UiTM FC, manakala Kuching City pula berjaya menewaskan Penang FC dengan ageregat 4-3.

Di Stadium Likas, Sabah yang menang aksi pertama dengan keputusan 2-1, berjaya membuka akaun jaringan menerusi sepakan penalti Farhan Roslan pada minit ke-62.

UiTM cuba bangkit menerusi jaringan Farez Aiman Marzuki pada masa kecederaan (90+2), namun ia sudah terlewat buat pasukan universiti itu untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan keputusan agregat berpihak kepada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Pertembungan di antara Kuching City dan Penang pula terpaksa ditentukan pada masa tambahan di Stadium Negeri, Kuching, di mana jaringan Wan Faiz Wan Sulaiman pada minit ke-118 membawa skuad tuan rumah ke pusingan lapan terakhir.

Selepas aksi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Rabu lepas terikat 2-2, Lucas Silva berjaya meledak jaringan pertama perlawanan pada minit ke-22 untuk memberi kelebihan kepada skuad Harimau Kumbang.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah bangkit menerusi jaringan sepakan percuma Alif Hassan pada minit ke-62 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan keputusan agregat terikat 3-3, sebelum Wan Faiz muncul wira dengan jaringan minit-minit terakhir itu.

Aksi pertama suku akhir dijangka berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini manakala aksi timbal balik pada 11 dan 12 November ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Kuching City Kutip Mata Berharga Tewaskan Kelantan 1-0

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 5 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 1 hari yang lalu

GISB: Bekas Pengikut Akan Dipanggil, Bantu Lengkap Laporan Sebelum Bawa Ke MKI