web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kuching City Kutip Mata Berharga Tewaskan Kelantan 1-0

Sukan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2024 8:43AM

Pemain pertahanan Kuching City FC Jimmy Raymond (kiri) mengawal bola daripada pemain Kelantan Darul Naim FC Muhammad Faizal Muhammad Talib pada saingan Liga Super di Stadium Negerii malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING – Kuching City FC mengutip tiga mata berharga untuk kekal di kedudukan keempat Liga Super 2024/2025 dengan menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 1-0 di Stadium Negeri di sini, malam tadi.

Gol tunggal perlawanan yang diadakan dalam keadaan hujan itu dijaringkan pada minit ke-36 oleh Jordan Mintah yang menanduk masuk hantaran dari Amir Amri Salleh dari sebelah kanan pintu gol Kelantan.

Kuching City menguasai sebahagian besar perlawanan itu dengan mencipta beberapa gerakan berbahaya namun ketangkasan penjaga gol KDN FC, Khatul Annuar Md Jalil telah mengecewakan pasukan tuan rumah.

Khatul Annuar bagai tidak terkesan setelah gagal menangkis tandukan Mintah yang menghasilkan gol kemenangan tuan rumah dengan terus menunjukkan kecemerlangannya menafikan beberapa lagi peluang Kuching City untuk menambah jaringan.

Kehebatan penjaga gol tuan rumah, Mohd Shahril Sa'ari juga terserlah apabila dia berjaya menggagalkan beberapa percubaan pasukan pelawat dan benteng pertahanan Kuching kekal ampuh sehingga wisel penamat ditiupkan pengadil Firdaus Dahlan.

Kekalahan di Stadium Negeri malam tadi merupakan yang kelapan bagi Kelantan yang mengekalkan mereka di tangga tercorot liga. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Hatrik Bergson Benam Kelantan, Julang JDT Ke Separuh Akhir

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Piala Malaysia: JDT Benam PJ City FC, Temu Kelantan Di Suku Akhir

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Semasa 1 hari yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis