web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Hatrik Bergson Benam Kelantan, Julang JDT Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 8:30AM

Skuad Harimau Selatan membelasah Kelantan FC 5-0 pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyerang prolifik Johor Darul Ta’zim (JDT) Bergson da Silva menjaringkan hatrik ketika membantu skuad Harimau Selatan membelasah Kelantan FC 5-0 pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, malam tadi.

Kemenangan besar di hadapan penyokong sendiri itu menyaksikan JDT, yang juga juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, mara ke peringkat separuh akhir dengan agregat 8-0 sementara Bergson meledak gol kelimanya dalam kempen Piala Malaysia.

Pada aksi tersebut, kelima-lima jaringan skuad kendalian Hector Bidoglio dihasilkan pada separuh masa pertama dengan Muhammad Syahmi Safari dan Muhammad Nazmi Faiz Mansor masing-masing turut mencetak nama sebagai penjaring menghampiri waktu rehat.

Gol pembukaan JDT hadir pada minit ke-12 berpunca daripada kawalan bola kurang kemas pemain tengah Kelantan, Felipe Hereda Dos Santos untuk membolehkan Muhammad Nazmi melakukan hantaran kepada Bergson yang berada dalam kotak penalti sebelum beliau tenang melepaskan rembatan.

Pemain import berusia 31 tahun dari Brazil itu menggandakan kedudukan buat JDT pada minit ke-34 selepas menyempurnakan sepakan percuma menewaskan penjaga gol Ahmad Solehin Mamat yang ‘kaku’ di gawang.

Beliau melengkapkan hatrik tiga minit kemudian selepas memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan lawan, Muhammad Ghaffar Abdul Rahman mengeluarkan bola dalam kawasan berbahaya yang menyaksikan beliau mudah melepaskan rembatan deras yang gagal diselamatkan Ahmad Solehin.

Berselang tiga minit, skuad bimbingan Rezal Zambery Yahya terus dihukum, kali ini giliran Muhammad Syahmi mencipta sensasi menerusi jaringan voli dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran lambung sebelum Muhammad Nazmi mencetak gol kelima pasukan pada masa kecederaan babak pertama.

Lawan JDT di separuh akhir adalah naib juara tiga kali iaitu Sabah FC yang melakar kemenangan agregat 2-1 menentang Kuching City FC selepas seri 1-1 pada pertempuan suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu yang tertangguh selama 45 minit atas faktor cuaca buruk.

Penyerang import dari Jepun, Taiki Kagayama muncul wira skuad Sang Badak menerusi jaringan kemenangan pada minit ke-94 selepas perlawanan berlanjutan ke masa tambahan apabila kedudukan agregat terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Ia merupakan gol pertama yang dicetak Kagayama dalam kempen Piala Malaysia musim ini.

Terdahulu, Kuching City berjaya mendapatkan gol yang dicari-cari pada minit ke-84 hasil jaringan sendiri pemain gantian Sabah, Ummareng Bacok ketika cuba mengeluarkan bola daripada sepakan sudut selepas kedua-dua pasukan buntu menemui penyudah susulan bergelut di atas permukaan padang yang becak.

Keputusan 1-1 kekal sehingga wisel penamat yang menyaksikan bekalan satu gol Sabah ketika meraih kemenangan 1-0 di kubu lawan minggu lepas menjadi perbezaan yang membolehkan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee melangkah ke separuh akhir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

3

Sukan 1 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 4 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 18 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS