web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Main Bola Maut Dipanah Petir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Apr 2021 9:03PM

Gambar sekadar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut dipanah petir, ketika sedang bermain dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan di Wangsa Maju, di sini petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Kapten (PA) Mazran Mohamed berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.48 petang tadi.

Menurut beliau, mangsa yang berketurunan Cina dan berusia 52 tahun, bermain posisi pertahanan, dalam perlawanan di padang bola milik Majlis Sukan Negara (MSN) Setiawangsa itu.

Katanya, Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerima panggilan berhubung kes trauma panahan petir dan bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, sepasukan pegawai perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan mangsa yang dikenali sebagai Lim Yu Kin sudah meninggal dunia,” katanya.

Mazran memberitahu, kes terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa disahkan berasal dari Sungai Buloh, dan seorang lagi individu yang turut terkena percikan panahan petir itu pula berada dalam keadaan selamat.

“Ketika kejadian, mangsa sedang bermain dalam perlawanan persahabatan antara UK Lion dan Harimau Division,” katanya.

Difahamkan, panahan petir itu berlaku di bahagian kotak penalti. - Getaran, 17 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki