web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15: Calon Veteran Masih Relevan Di Kawasan Tertentu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 11:20AM

Ahli Parlimen paling lama daripada Barisan Nasional Tengku Razaleigh Hamzah, melakar sejarah tersendiri apabila bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada PRU-15 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Calon berusia yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak boleh dianggap sebagai satu kelemahan terhadap sesebuah parti politik malah masih relevan pada sesetengah tempat dan lokaliti.

Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf, Media dan Informasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Dr Suhaimee Saahar @ Saabar berkata, usia dan pengalaman hanya diambil kira oleh para pengundi berdasarkan keadaan serta persekitaran sesebuah kawasan.

“Sekiranya lokaliti adalah jenis yang ringkas, tidak rumit atau kawasan luar bandar yang tidak rumit dari segi pembangunannya, usia calon tidak diambil kira.

"Asalkan calon itu boleh berkhidmat, berpengalaman dan mempunyai hubungan dengan komuniti dan industri. Itu yang boleh membantu calon berkenaan untuk terus berkhidmat di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Suhaimee berkata pengundi juga cenderung menilai sumbangan yang dibuat oleh penyandang bagi mengekalkan calon berkenaan sebagai wakil rakyat di kawasan yang sama.

“Selain usia, kriteria yang pengundi turut perhatikan seperti jasa dan sumbangan calon atau penyandang di kawasan tersebut selama ini...seterusnya mereka akan menilai sama ada relevan atau tidak mengekalkan wakil rakyat tersebut di situ,” katanya. 

Bagaimanapun Suhaimee mengakui terdapat pengundi yang mendambakan perubahan sekali gus berpendapat jawatan pemimpin perlu diisi oleh golongan lebih muda. 

“Tetapi ada juga pengundi di beberapa kawasan yang melihat kepimpinan muda harus diberi peluang, dan anak muda ini ada dua kelompok iaitu profesional dan yang aktif dalam politik.

“Masa yang akan menentukan potensi kemampuan dan kredibiliti calon-calon muda ini untuk dipilih oleh pengundi sebab mereka akan memimpin dan berkhidmat selama lima tahun sebelum dinilai semula oleh para pengundi,” katanya. 

Ahli Parlimen paling lama daripada Barisan Nasional Tengku Razaleigh Hamzah, melakar sejarah tersendiri apabila bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang pada PRU-15.

Tengku Razaleigh, 85, yang mula bertanding di Parlimen Ulu Kelantan (sekarang dikenali Parlimen Gua Musang) pada 1974 adalah wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini iaitu selama 12 penggal di peringkat Parlimen.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu akan berentap dalam pertandingan empat penjuru untuk menentang calon Gerakan Tanah Air Datuk Dr Samsu Adabi Mamat, Datuk Mohd Azizi Naim (Perikatan Nasional) dan Asharun Uji (Pakatan Harapan) pada hari pengundian Sabtu ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Politik 11 bulan yang lalu

ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pusat Pengundian Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

4

Politik 1 tahun yang lalu

PM, Isteri Mengundi Di SK Penanti

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan