web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Meningkat, Katil Hospital Dan PKRC Hampir Penuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 11:07AM

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Peningkatan kes COVID-19 di Kelantan setiap hari sejak beberapa hari lalu menyebabkan penggunaan katil di hospital serta enam Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di negeri ini hampir penuh.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, penggunaan katil di lima PKRC mencecah antara 79 sehingga 103 peratus.

Katanya, sebuah lagi PKRC yang baru dibuka dua hari lalu pula mencatatkan penggunaan katil sehingga 33 peratus.

“Jabatan Kesihatan bercadang untuk membuka satu lagi PKRC dalam masa terdekat iaitu di Dewan Jabatan Belia di Panji.

“Jika kes berterusan meningkat, pesakit juga terpaksa diasingkan di rumah,” katanya di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut beliau berkata, majoriti jangkitan dalam kluster dilaporkan berlaku di tempat kerja, sekolah dan masjid ketika kelas pengajian serta mesyuarat diadakan.

“Selain itu, majlis keramaian seperti kenduri, di penjara dan dalam komuniti juga turut menyumbang kepada  jangkitan.

“Sebanyak 23 peratus dikesan melalui saringan bergejala dan tidak bergejala serta dari zon merah yang tiada kaitan epidemiologi. Jumlah peratusan itu menunjukkan jangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya.

Dr Zaini berkata, bagi mengurangkan sampel yang tertunggak, Jabatan Kesihatan sudah mendapat bantuan dari makmal Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan makmal Kesihatan Awam Ipoh, Perak.

Beliau berkata, Kelantan terus mencatatkan kadar kebolehjangkitan (RT) harian tertinggi di negara ini iaitu 1.43 setakat semalam berbanding RT nasional 1.16.

Media sebelum ini melaporkan, Kelantan merekodkan kes tertinggi dengan 332 kes baharu COVID-19 dan dua kematian. - Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang