web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bubur Lambuk Kampung Baru, Buruan Setiap Ramadan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 1:42PM

Dua petugas sedang memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Setiap kali menjelang Ramadan, bubur lambuk menjadi antara juadah wajib dicari oleh semua penggemar, khususnya umat Islam yang menunaikan ibadat puasa.

Lazimnya, bubur ini akan disediakan secara bergotong-royong sebelum diedarkan secara percuma kepada komuniti setempat.

Untuk warga kota, semestinya bubur lambuk disediakan pengurusan Masjid Jamek Kampung Baru menjadi pilihan, lantaran keenakan rasa yang tiada tandingan.

Sesuai dengan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia, resipi bubur lambuk juga memiliki pelbagai variasi, namun keunikan juadah disediakan Masjid Jamek Kampung Baru itu berada dalam kelas tersendiri.

Kelazatan gabungan rempah ratus dan resipi berusia 100 tahun itu tanpa sebarang perubahan menjadikan bubur lambuk disediakan masjid berkenaan kekal menjadi buruan setiap kali Ramadan.

Setiap hari, ratusan warga kota sanggup berbaris panjang demi mendapatkan sebungkus dua bubur, buat dijadikan juadah berbuka puasa.

Pengerusi Masjid Kampung Baru, Datuk Mohd Khay Ibrahim berkata, penyediaan bubur lambuk Kampung Baru ini telah bermula hampir 100 tahun dulu, oleh penduduk asal kawasan berkenaan dan resipinya masih sama sehingga hari ini.

“Bubur lambuk ini banyak versinya dan di sini kami mempunyai resipi tersendiri yang tidak mungkin didapati pada bubur lambuk disediakan pihak lain.

“Sejak seratus tahun lalu, sukatan setiap bahan tetap sama, tanpa ada sebarang pengurangan atau penambahan,” katanya.

Bubur lambuk Kampung Baru lazimnya mula dimasak selepas solat Subuh secara gotong-royong, membabitkan hampir 30 kariah masjid dan dibungkus sebelum solat Zohor, bagi membolehkan ia diedar selepas Asar.

“Setiap hari kami bubur ini dimasak minimum sebanyak 15 periuk, untuk menghasilkan 180 bungkus.

“Setiap bungkus cukup untuk dinikmati sehingga tiga orang, dan purata keseluruhan 180 bungkus bubur itu mampu dinikmati sekurang-kurangnya 5,000 warga kota,” katanya.

Mohd Khay menarik perhatian, penyediaan 15 periuk bubur lambuk berkenaan menerima tajaan penduduk setempat dan pelbagai syarikat korporat ternama.

 “Alhamdulillah, dana yang kami perolehi daripada masyarakat lazimnya cukup untuk menghasilkan bubur lambuk sepanjang Ramadhan ini,” tambah beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Khay berharap orang ramai akan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap kali hadir untuk mendapatkan bubur berkenaan, bagi mengekang penularan COVID-19.

“Apabila beratur, pastikan penjarakan fizikal dipatuhi. Bersama kita membantu mencegah jangkitan COVID-19,” katanya. – Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

2

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi