web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Ini Tidak Benar’: Ismail Sabri Sangkal Ada Perbelanjaan Kerajaan Tak Direkod

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 11:36AM

Ismail Sabri menegaskan, nilai keseluruhan sebenar perbelanjaan untuk lapan pakej rangsangan itu berjumlah RM530 bilion. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan bahawa perbelanjaan kerajaan membabitkan pakej rangsangan berjumlah RM620 bilion, tidak direkodkan.

Beliau berkata, kenyataan mengenai jumlah diuar-uarkan bagi tahun 2020 hingga 2022 itu adalah tidak benar.  

“Berhubung dengan komen bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari tahun 2020-2022, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan ini tidak benar.

“Kesemua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook tengah malam tadi.

 Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan seorang individu Yusoff Bachek di media sosial yang mendakwa beliau dan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak merekodkan perbelanjaan kerajaan ketika memegang jawatan itu.

Ismail Sabri turut berkongsi status individu terbabit menerusi hantaran berkenaan dengan menulis perkataan ‘TIDAK BENAR’.

“Ini terjemahannya. RM620 bilion tidak direkod dalam Akaun Perbendaharaan untuk 2020-2022 semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan Darurat. Sekarang kita tahu kenapa Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak mahu orang lain jadi PM (Perdana Menteri),” menurut individu terbabit.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menegaskan, nilai keseluruhan sebenar perbelanjaan untuk lapan pakej rangsangan itu berjumlah RM530 bilion.

“Di mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank).  

“Perbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan tersebut telah pun diluluskan Parlimen sebulat suara,” katanya. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

TARA 1 tahun yang lalu

Mengurus Belanja Dapur: 5 Tip Mendapat Lebih Untuk Wang Anda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agensi Kerajaan Harus Bertanggungjawab Atas Setiap Perbelanjaan, Perlu Beri Impak Positif 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

OPR Naik Dorong Kerajaan Urus Perbelanjaan Secara Berhemat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan