web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bilangan Pengundi Setiap DUN Jadi Penentu Kuota Penerima BINGKAS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 5:18PM

V Ganabatirau - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jumlah penerima bagi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) akan ditentukan menerusi bilangan pengundi di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Exco Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau berkata, pihaknya menggunakan jumlah statistik terkini yang telah diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 17 Januari lalu.

Menurut beliau, DUN yang mempunyai bilangan pengundi melebihi 100,000 akan menerima 843 untuk kuota penerima BINGKAS.

“Untuk DUN yang mempunyai bilangan pengundi 75,001 hingga 100,000 pula, seramai 674 individu disahkan layak menerima inisiatif terbabit.

“DUN yang bilangan pengundinya sebanyak 50,001 hingga 75,000 akan menerima 506 kuota penerima dan di bawah 50,000 pengundi hanya 337 yang layak menerima,” katanya pada persidangan DUN Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Sany Hamzan yang ingin tahu, adakah kerajaan negeri berhasrat meningkatkan jumlah penerima BINGKAS.

Ganabatirau berkata, program bantuan berkenaan telah ditambah baik oleh kerajaan Selangor dengan penambahan 5,000 kuota penerima, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30,000.

“Kerajaan negeri telah menaikkan 5,000 kuota baharu bagi keseluruhan program BINGKAS kepada 30,000 penerima berbanding 25,000 sebelum ini untuk program Kasih Ibu Smart Selangor.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengekalkan kuota semasa tersebut,” katanya.

BINGKAS merupakan sebahagian daripada 44 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan akhir Jun lalu dan bakal memberi manfaat kepada 30,000 keluarga, membabitkan peruntukan RM108 juta.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM300 kepada setiap keluarga.

Jelasnya, inisiatif yang terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang (ISP) disasarkan untuk membantu golongan memerlukan. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Warga Asing Maut, Kereta Rempuh ‘Water Barrier’

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Ditinggal Ibu Dalam Kereta, Kanak-Kanak 5 Tahun Disahkan Maut

3

Jelajah 9 bulan yang lalu

Immersive Winterland, Tarikan Terbaharu Di i-City Shah Alam

4

Politik 1 tahun yang lalu

Ada Penghijrahan Besar-Besaran Ahli UMNO Tak Lama Lagi - Dr Zawawi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 58 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan