web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Heret Rakyat Ke Kancah Perpecahan Demi Sokongan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Dec 2022 5:17PM

Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk mengekalkan keharmonian negara dan masyarakat, tidak kira apa juga ideologi politik. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin politik tidak seharusnya mengheret masyarakat terjerumus ke kancah perpecahan semata-mata demi meraih sokongan, sebaliknya harus bersama meletakkan agenda pembinaan negara sebagai keutamaan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ketika ini amanah tersebut terletak di bahu kerajaan perpaduan bagi merintis kembali keharmonian masyarakat. 

Menurut beliau, penubuhan kerajaan perpaduan dilihat sebagai peluang untuk mengembalikan politik nilai dengan menolak kelakuan menunggang sentimen agama dan kaum secara sempit sehingga meruntuhkan kemakmuran masyarakat

"Akarnya adalah reformasi pada budaya dan cara fikir bangsa. Identiti kaum dan agama harus terus diperkukuh dengan tujuan untuk membangunkan bangsa.

"Identiti tidak seharusnya digunakan untuk menyalakan api perkauman yang disulami hasutan dan fitnah, seterusnya membawa kepada kebencian dan dikhuatiri menjurus ke arah keganasan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Muhammad Faisal Abdul Aziz

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, merujuk kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali pada 22 November lalu, sebanyak 515 kertas siasatan dibuka daripada 3,483 laporan diterima sejak 4 hingga 21 November lalu.

"Laporan dan kertas siasatan itu antara lain dibuat melibatkan kes berkaitan Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 serta Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954.

“Ini antaranya dengan menetapkan penambahbaikan Indeks Prestasi Utama (KPI) dalam portfolio serta kementerian berkaitan perpaduan dan integrasi nasional,” katanya. 

Susulan itu, beliau menggesa semua pihak agar bertanggungjawab meredakan suhu politik negara khususnya berkaitan kerenggangan agama dan kaum yang menimbulkan kegelisahan rakyat sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Ia susulan titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir agar tiada lagi pemimpin membangkitkan isu perkauman dan agama yang bertujuan menghasut masyarakat.

“Titah ini disampaikan baginda selaku Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang selesai bersidang pada 30 November lalu,” katanya. 

Terdahulu, Tuanku Muhriz menyeru kerajaan baharu untuk memupuk semangat kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Baginda juga berharap tiada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut masyarakat.

“Beta turut menggesa agar kerajaan baharu menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Semoga Allah melimpahi keamanan dan kemakmuran kepada Malaysia, dan rakyatnya terus diberkati serta dianugerahkan kesejahteraan yang berkekalan,” titah baginda. - Getaran, 1 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok