web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


43 Peratus Pengundi Tunai Tanggungjawab Untuk Parlimen Padang Serai Setakat 1 Petang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Dec 2022 3:29PM

Lebih 160,000 pemilih berdaftar dijangka keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman hari ini - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 43 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Bahagian Parlimen Padang Serai, Kedah setakat jam 1 petang. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), statistik keluar mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang pula mencatatkan jumlah 41 peratus. 

Lebih 160,000 pemilih berdaftar dijangka keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman hari ini.

SPR sebelum ini memaklumkan sebanyak 132,955 pengundi di Parlimen Padang Serai dan 28,108 orang di DUN Tioman dijangka berbuat demikian. 

PRU-15 di kedua-dua kawasan yang sepatutnya berlangsung 19 November lalu ditangguhkan susulan kematian calon disahkan bertanding iaitu M Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli di DUN Tioman, mewakili Perikatan Nasional (PN).

Karupaiya, 69, meninggal dunia pada 16 November dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan manakala Md Yunus, 61, disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum proses pengundian PRU-15 pada 19 November.

Perebutan kerusi Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak, Datuk C. Sivarraajh (BN), Datuk Azman Nasrudin (PN) dan Hamzah Abd Rahman (PEJUANG).

Dua lagi pencabar ialah Mohd Bakhri Hashim, mewakili WARISAN, dan calon Bebas iaitu Sreanandha Rao.

Bagaimanapun, BN bersetuju memberi laluan kepada PH di kerusi Parlimen itu susulan penggabungan kedua-dua blok di bawah kerajaan perpaduan pada 2 Disember lalu.

DUN Tioman pula menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan calon PN Nor Idayu Hashim, Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN), Osman A Bakar (Pejuang), Sulaiman Bakar (Bebas) manakala Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) mengumumkan memberi laluan kepada calon BN tetapi namanya masih tertera di kertas undi.

Pada 3 Disember lalu, pengundian awal menyaksikan kira-kira 93.42 peratus atau 71 anggota polis mengundi di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah.

Bagi DUN Tioman di Pahang pula, kira-kira 95.88 peratus atau 233 anggota polis mengundi awal di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin dan Bilik Maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman. - Getaran, 7 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula