web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UMP Kolaborasi Cipta Pembasmi Kuman Mampu Bendung COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 4:24PM

UMP dan ADK menjalinkan kerjasama dalam bidang sanitasi di industri penerbangan dan rel.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Satu alternatif mengurangkan jangkitan COVID-19 dalam sektor pengangkutan awam, menerusi kaedah pembasmian kuman berjaya dihasilkan, menerusi Kolaborasi antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan ADK Solutions Sdn Bhd (ADK).

Kejayaan projek berkenaan membuatkan ia meraih tempat dalam aktiviti sanitasi awam industri penerbangan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Kamal Zuhairi Zamli, kerjasama ini memberi peluang kepada UMP untuk berkongsi kepakaran teknologi, nasihat teknikal dan konsultansi.

“Diaclean Pera Sterilant dihasilkan teknologi tempatan sebagai disinfektan organik kelas tinggi (HDL) oleh anak syarikat UMP iaitu UMP Renal Care Sdn. Bhd., yang merupakan pengeluar teknologi bahan aktif Asid Peracetik pertama di Malaysia.

“Pihak ADK Solution Sdn. Bhd. pula menjalankan servis pencucian dan disinfeksi pesawat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA),” katanya semasa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di KLIA baru-baru ini bersama Pengarah UMP Renal Care Sdn. Bhd., Profesor Datuk Zularisam Ab. Wahid.

Kamal berkata, Diaclean Pera Sterilant terbukti berkesan dalam membunuh kuman coronavirus agar penyakit berjangkit seperti COVID-19 dapat dibendung dan dikawal secara efektif, mengikut tatacara pembersihan serta disinfeksi di tempat awam.

Sementara itu menurut Zularisam, produk pembasmi kuman berkenaan memenuhi standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA), sekali gus diiktiraf sebagai ramuan berkesan yang dapat membunuh virus COVID-19.

“Selain mesra alam, mudah terbiodegradasi dan tidak menghakis, ia dibuktikan dapat membunuh coronavirus manusia dalam waktu kurang dari dua minit,” tambah beliau.

Pihaknya jelas Zularisam lagi, berhasrat untuk memperluas penggunaan Diaclean Pera Strilant dalam industri pengangkutan penumpang seperti kereta api ringan, monorel, komuter dan pengangkutan awam lain.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ADK solution, Shaiful Amri Md Aris berkata, penggunaan pembasmi kuman ini diyakini dapat membendung penularan COVID-19 jika dikendalikan dengan berkesan.

“Diaclean Pera Sterilant telah diuji pada beberapa pesawat penumpang dan kargo, serta mendapat sambutan baik banyak syarikat penerbangan.

“Pihak kami turut mengendalikan bahan ini di beberapa pesawat penumpang, pesawat kargo, jabatan logistik kargo, gudang dan pejabat operasi udara untuk perkhidmatan yang lebih mantap,” katanya. – Getaran, 22 April 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi