web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seni, Budaya Bukan Bawah Kementerian Komunikasi Digital – Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 9:14PM

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengesahkan sektor seni dan budaya akan berpindah ke kementerian lain.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan kementerian yang akan bertanggungjawab menyelia dua aspek tersebut selepas ini.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini memutuskan bahawa aspek seni dan budaya itu bukan terletak di bawah Kementerian Komunikasi. Menteri berkenaan akan buat pengumuman.

“Kita serahkan kepada menteri itu dan saya tidak boleh melangkaui untuk mengumumkan perkara berkenaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan barisan Jemaah Menteri minggu lalu dilihat seperti meminggirkan sektor seni dan budaya sehingga mencetuskan kekecohan dalam industri hiburan.

Susulan pengumuman, pelbagai komuniti kesenian dan kebudayaan menggesa kerajaan mengembalikan semula Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan yang dipisahkan daripada Kementerian Pelancongan sejak 2018.

Dalam pada itu, Fahmi mengesahkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi dan Digital.

Beliau berkata, perubahan nama kementerian itu telah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapat persetujuan dan pelbagai pandangan daripada Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

“Hari ini kami telah mengadakan Mesyuarat Pasca Kabinet pertama setelah selesai Mesyuarat Jemaat Menteri mingguan pagi tadi.

“Justeru, saya memaklumkan bahawa nama kementerian ini telah ditukarkan kepada Kementerian Komunikasi dan Digital dan telah pun diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali,” katanya. - Getaran, 7 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 8 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan