web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penyelewengan RM600 Bilion, SPRM Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 6:17PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Satu kertas siasatan sudah dibuka, berhubung dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara berjumlah RM600 bilion.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara terperinci, telus dan profesional dari semua sudut.

Menurut beliau, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat, bukti atau dokumen berkaitan diminta untuk tampil ke pejabat SPRM terdekat.

“Sekiranya perlu, SPRM juga boleh menghantar pegawai untuk mengambil maklumat atau dokumen tersebut (daripada mereka),” katanya, hari ini.

Semalam Getaran melaporkan, SPRM dijangka memanggil Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion.

Selain Tengku Zafrul, turut dipanggil ialah dua ahli politik terkemuka iaitu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Siasatan tersebut dipercayai berkaitan dakwaan penyelewengan RM600 bilion semasa Muhyiddin menerajui kerajaan, terutama ketika negara berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah pentadbiran Muhyiddin dan meneruskan peranan sama dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan mantan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu dana RM600 bilion itu.

Anwar dilaporkan berkata, beliau dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan bahawa beberapa pelanggaran membabitkan isu berkenaan.

Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri kelapan pula dilaporkan berkata, beliau tidak gentar jika perlu disiasat berhubung isu sama. - Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini