web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Perlu Siasat Segera Skandal Seleweng Dana Geran MITRA - MBC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Dec 2022 7:07AM

S Gobi Krishna menggesa Anwar menyiasat kes penyelewengan dana geran MITRA berjumlah RM3.5 juta untuk sekolah tamil. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa segera menyiasat kes penyelewengan dana geran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) berjumlah RM3.5 juta untuk sekolah Tamil.

Pengerusi Dewan Perniagaan Minoriti (MBC), S Gobi Krishnan berkata, ia perlu dilakukan pada kadar segera kerana ‘skandal’ tersebut melibatkan seorang bekas Timbalan Menteri dari BERSATU.

Menurut beliau, pihaknya akan mengusulkan memorandum kepada Anwar dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam tempoh terdekat.

“Kita akan hantar memorandum agar siasatan dapat dilakukan oleh kerajaan.

“Sebelum ini MBC berhasrat membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi tidak yakin siasatan akan dilakukan ke atas Timbalan Menteri berkenaan,” katanya. 

Gobi Krishnan berkata, MBC menyeru kerajaan memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan penyelewengan dana kerajaan untuk kegunaan rakyat.

“Perdana Menteri kerajaan perpaduan perlu mengambil berat isu ini dengan mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan segera ke atas penyelewengan berkenaan,” katanya.

Beliau memberitahu, tiga pegawai khas Timbalan Menteri itu telah direman pada Januari tahun lalu dan masih diarah melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Jelas beliau, dua daripada tiga pegawai khas berkenaan merupakan ahli jawatankuasa pusat BERSATU.

“Kita tertanya-tanya apa berlaku dengan siasatan SPRM berhubung kes ini kerana sudah hampir dua tahun belum mendapat sebarang perkhabaran.

“Saya harap Perdana Menteri mengotakan janji anti rasuah beliau dengan mengambil tindakan segera, apatah lagi kes ini melibatkan geran MITRA milik masyarakat India yang telah disalahgunakan,” katanya. - Getaran, 9 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 9 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 3 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan