web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Angkatan Mahasiswa UM Tuntut 5 Perkara, Seiring Falsafah Pendidikan Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 10:09AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Mahasiswa Universiti Malaysia (UM) mengemukakan lima tuntutan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memastikan kebebasan, kebajikan dan masa depan mahasiswa seiring Falsafah Pendidikan Negara.

Presiden Angkatan Mahasiswa UM, Nur Nazirah Abdullah berkata, kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Menurut beliau, undang-undang itu tidak menyokong semangat aktivisme dan menyekat mahasiswa untuk menjadi gerakan yang bersifat aktivis serta mandiri.

“AUKU ini telah membantutkan semangat aktivis mahasiswa untuk mempunyai autonomi mahasiswa, kebebasan bersuara dan menyekat mahasiswa untuk mengumpul dana serta membuat kutipan sendiri.

“Jika dibandingkan dengan gerakan mahasiswa pada era 70-an, semangat aktivis mahasiswa ketika itu sangat tinggi sehingga berjaya membela nasib golongan masyarakat seperti peristiwa Baling,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Nur Nazirah berkata, pihaknya juga menuntut istilah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditukarkan kepada ‘Kesatuan Pelajar’, bagi mengangkat darjat gerakan badan pelajar dengan memberikan autonomi tersendiri.

Ketika gerakan mahasiswa diiktiraf sebagai kesatuan pelajar katanya, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mencapai era kegemilangan sehingga mempunyai milikan aset seperti bas mini serta menjalankan perniagaan makanan kafeteria dan kantin kampus, malah dianggap sebagai kesatuan mahasiswa terkaya di Asia Tenggara.

“Kami menuntut Perkara 48 Jadual pertama AUKU mengenai MPP untuk ditukarkan kepada Kesatuan Pelajar kerana erti sebenar sebuah badan pelajar yang mempunyai autonomi sendiri kini sudah terkubur.

“Angkatan Mahasiswa UM turut menuntut kerajaan perpaduan hari ini termasuk KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) untuk memperluas lebih banyak peluang pekerjaan.

“Perkara itu tidak boleh diambil mudah kerana kadar pengangguran belia masih berada pada tahap 5.3 peratus dan ini bukanlah satu petunjuk yang baik untuk jangka masa panjang,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Nazirah menegaskan, menjadi keperluan untuk KPT dan kerajaan merancang pelbagai inisiatif yang lebih proaktif sebagai usaha bagi memastikan segala maklumat program dilaksanakan sampai kepada semua peringkat lapisan masyarakat.

Beliau berkata, pihaknya juga menggesa isu penginapan pelajar diselesaikan secara tuntas kerana masih tiada jalan penyelesaian setakat ini, khususnya setiap kali sesi kemasukan pelajar baharu yang semakin bertambah jumlah pengambilannya.

“Tindakan itu tidak sepadan dengan kapasiti kolej kediaman untuk menempatkan kesemua para pelajar. Kesannya, mahasiswa tahun kedua dan ke atas perlu mencari rumah sewa.

“Perkara itu dikira memberikan bebanan kerana kos sewaan harga bilik atau rumah pada hari ini tinggi dan tidak relevan untuk seseorang yang berstatus mahasiswa,” katanya.

Bagi tuntutan kelima, Nur Nazirah berkata Angkatan Mahasiswa UM menggesa kerajaan menyelesaikan isu pengangkutan di universiti, memandangkan bilangan bas sedia ada tidak mampu menampung jumlah mahasiswa.

Jelasnya, perkara berkenaan memaksa pelajar berhimpit, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya gangguan seksual.

“Selain itu, angkatan juga menuntut kerajaan untuk melakukan transformasi ke atas sistem pengangkutan awam seperti transit kereta api ringan (LRT).

“Isu yang timbul baru-baru ini menjejaskan pelbagai peringkat lapisan masyarakat khususnya golongan bekerja dan mahasiswa,” katanya. - Getaran, 10 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan