web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anna Jobling Antara Individu Paling Popular Di Carian Google Malaysia

Populariti luar biasa yang diraih oleh pelakon jelita ini berjaya menempatkan namanya di tangga ketujuh sebagai individu yang paling dicari menerusi carian Google.

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 10:00AM

Anna Jobling - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon jelita Anna Jobling telah tersenarai antara 10 individu paling dicari menerusi carian Google Malaysia Nama pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu berada di tangga ketujuh.

Anna yang bakatnya dicungkil menerusi program Pencarian Dewi Remaja ini mengakui dia terkejut dengan berita ini.

“Jujurnya saya sangat terkejut. Saya yakin pencapaian ini adalah atas sebab-sebab positif mengenai karier. 

“Drama Melur Untuk Firdaus banyak membantu menaikkan nama saya. Tidak dilupakan sokongan peminat dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Asia Tenggara,” katanya.

Kata Anna lagi, tersenarai di antara 10 individu yang paling dicari di carian Google membuatkan dia merasa rendah diri.

“Saya tak terfikir akan ada ramai individu yang melakukan carian nama saya. Saya rasa semua orang menggunakan carian di Google apabila mahu mendapatkan info. Jadi saya berterima kasih kerana ia membuatkan saya mahu terus memberikan yang terbaik dalam karier,” ujarnya. 

Kongsinya lagi, pihak pengurusan iaitu Mask Team juga telah merangka perancangan yang baik berkaitan kariernya sepanjang tahun 2022.

“Insya Allah untuk tahun 2023, saya dalam perancangan untuk melebarkan sayap ke negara seberang, Indonesia,” kongsinya. 

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia yang baharu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menduduki tangga pertama sebagai individu paling dicari di carian Google Malaysia. 

Tangga kedua pula menjadi milik bekas personaliti TV3 iaitu Zalina Azman yang kehilangannya menimbulkan misteri. 

Pelakon cilik, Nik Adam Mika pula turut tersenarai di tangga keenam, manakala penyanyi Yassin Sulaiman pula berada di tangga ke 10. - Getaran, 13 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Kami Baik-Baik Saja” – Anna Jobling Jawab Spekulasi Hubungannya Bersama Meerqeen Kian Renggang

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

'Kami Bincang Elok-Elok' - Anna Jobling Nafi Dia Dan Meerqeen Bergaduh 

3

TARA 1 tahun yang lalu

Selebriti Muda Teruja Kali Pertama Mengundi Di #PRU15

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pernah Berlakon Bersama, Pelakon Wanita Burukkan Anna Jobling Di Media Sosial? 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi