web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Saifuddin Pertahan SOSMA Bercanggah Dengan Pendirian PH – Gobind

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 8:14PM

Gobind Singh Deo dan Saifuddin Nasution - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mempertahan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), bercanggah dengan pendirian Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, walaupun pihaknya akur terdapat keperluan untuk undang-undang berkenaan dalam menangani keselamatan negara, hakikat bahawa SOSMA bersifat menindas tidak boleh dinafikan.

 “Malah, pada Oktober 2019, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) sendiri dilaporkan berkata bahawa bahagian tertentu SOSMA perlu dipinda dan ditambah baik untuk manfaat semua pihak, kerana undang-undang itu telah dianggap ‘terlalu keras’,” katanya hari ini.

Gobind menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap tindakan Saifuddin mempertahan penggunaan SOSMA.

Katanya, SOSMA tidak memperuntuk tahanan pencegahan kerana seseorang hanya boleh ditahan selama 28 hari dan selepas itu, mereka akan dibebaskan atau berdepan pendakwaan di mahkamah.

Jika didakwa, mereka masih mempunyai akses kepada perwakilan undang-undang dan proses yang sewajarnya di mahkamah.

Mengulas lanjut, Gobind berkata, Seksyen 4 membenarkan seseorang itu ditahan untuk tempoh sehingga 28 hari, sekali gus membenarkan penahanan tanpa akses ke mahkamah.

Menurutnya, tiada semak dan imbang kuasa pasukan siasatan dalam tempoh masa tersebut, malah ia mungkin menyebabkan berlaku penyalahgunaan kuasa bukan sahaja ketika tangkapan, tetapi ketika siasatan dijalankan dan perkara itu tidak boleh dibenarkan berlaku. 

“Seharusnya ada proses yang membolehkan seseorang yang ditahan dibenarkan dibawa ke mahkamah. Inilah sebabnya PH menentang usul dibawa oleh Menteri Dalam Negeri sebelum ini untuk melanjutkan Seksyen 4(5) SOSMA di Parlimen pada 23 Mac lalu.

“Selepas tertuduh didakwa, Seksyen 13 berkaitan ikat jamin masih menjadi masalah. Seksyen itu menyatakan jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang telah didakwa atas kesalahan keselamatan dan mengehadkan jaminan kepada keadaan yang ketat di bawah subseksyen dua untuk kes tertentu.

“Terdapat kebimbangan mengenai peruntukan ini kerana ia menyekat kuasa mahkamah dalam memberikan jaminan. Peruntukan ini perlu dikaji semula serta apa yang dilakukannya adalah untuk memperuntuk penahanan berterusan seseorang sementara menunggu perbicaraan walaupun fakta kes tidak akan menyokong keperluan penahanan pra-perbicaraan,” katanya.

Jelasnya lagi, terdapat Seksyen 30 dalam akta tersebut yang membenarkan Pendakwa Raya memohon untuk mana-mana individu ditahan semula jika ada rayuan, walaupun telah dibebaskan selepas perbicaraan.

“Terdapat juga peruntukan lain SOSMA yang memerlukan semakan, antaranya peruntukan bagi pemintasan komunikasi (Seksyen 6), pengambilan keterangan saksi dalam cara yang tidak dilihat atau didengar oleh tertuduh atau peguamnya (Seksyen 14), mengakui kenyataan yang dibuat oleh orang tertuduh tanpa bertolak ansur kepada keperluan untuk menunjukkan kerelaan (Seksyen 18A), dan peruntukan berkaitan dengan keboleh terimaan dokumen dan keterangan (Seksyen 20, 22, 23, 24 dan 25).

“Sudah tentu banyak yang perlu dilakukan untuk menghapuskan aspek kejam SOSMA ini. Kami di PH konsisten dalam seruan perubahan.

“Apabila berhadapan dengan perundangan yang bersifat menindas, perbincangan mesti diadakan dan pandangan diambil bergerak ke hadapan selaras dengan desakan kita untuk pembaharuan,” katanya. – Getaran, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

5 Ahli Keluarga Penyerang Balai Polis Ulu Tiram Ditahan Bawah SOSMA – KPN

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Bantu Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy Dalam Aspek Pembangunan - Gobind

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah