web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Projek Perumahan Sakit, Terbengkalai, Fokus Utama KPKT - Timbalan Menteri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 3:32PM

Projek perumahan sakit adalah projek yang mengalami kelewatan melebihi 30 peratus berbanding kemajuan yang sepatutnya atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual Beli (PJB). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Menyelesaikan masalah projek perumahan sakit dan terbengkalai di seluruh negara akan menjadi fokus utama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), kata Timbalan Menterinya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Katanya isu perumahan khususnya melibatkan projek sakit dan terbengkalai sememangnya telah diteliti ketika menjadi Ahli Parlimen dan sebelum memegang portfolio itu.

"Isu projek sakit ataupun rumah yang bermasalah ini seharusnya menjadi tumpuan, malah kalau tengok daripada pandangan yang telah diutarakan oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sendiri telah menyatakan akan mengambil inisiatif untuk merangka balik Dasar Perumahan Negara (DRN).

"Itu (DRN) lebih ke arah ke hadapan tetapi hakikatnya ketika ini pun masih banyak lagi rumah-rumah yang bermasalah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Bersama Penduduk Kim Teng Park, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai fokus utama KPKT dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Perumahan Negara (JPN) minggu depan bagi meneliti isu-isu berkaitan kementerian selepas persidangan Dewan Rakyat yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan, esok.

"Minggu depan saya akan ada taklimat khusus dengan JPN, kerana sebelum ini maklumat yang saya terima berhubung isu perumahan adalah atas kapasiti Ahli Parlimen, jadi saya rasa lebih elok diberikan peluang untuk meneliti dengan terperinci situasi semasa sebelum membuat perancangan.

"Ruang masa itu perlu untuk saya memahami perkara berkaitan daripada sudut pembuat dasar dan juga peringkat pelaksana agar segala permasalahan bukan hanya dikenal pasti tetapi juga diselesaikan," katanya.

Akmal Nasrullah berkata walaupun kementerian lebih memberi tumpuan kepada pembangunan persekutuan, namun kerjasama baik dengan kerajaan negeri dan kerajaan tempatan akan diteruskan demi kesejahteraan rakyat.

Projek perumahan yang dikategorikan sakit adalah projek yang mengalami kelewatan melebihi 30 peratus berbanding kemajuan yang sepatutnya atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual Beli (PJB). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

2

Semasa 9 bulan yang lalu

KPKT Beri Tempoh 2 Tahun Kepada Pengusaha Perkhemahan Patuhi Garis Panduan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

KPKT Sasar Siapkan 20 Projek Terbengkalai Tahun Depan

4

Semasa 11 bulan yang lalu

KPKT Terus Gempur Bilik Sewa 'Sarang Burung'

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'