web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir: 10 Sungai Utama Di Kelantan Lepasi Paras Bahaya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Dec 2022 2:24PM

Penduduk menggunakan perkhidmatan bot penambang selepas feri yang menghubungkan Pasir Kelang dan Pasir Era itu akan dihentikan sementara waktu berikutan kenaikan paras air Sungai Kelantan ketika tinjauan fotoBernama di Jeti Feri Pasir Kelang semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sebanyak 10 sungai utama di Kelantan telah melepasi paras bahaya membabitkan enam jajahan iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok setakat pukul 1 tengah hari ini.

Berdasarkan laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, sungai terbabit yang melepasi paras bahaya adalah tiga sungai di Kuala Krai iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang dengan bacaan 39.40 meter (m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.19 m) dan Sungai Nal di Kampung Sungai Nal (29.24 m).

Selain itu, masing-masing dua sungai di Jeli dan Tanah Merah turut merekodkan bacaan paras bahaya iaitu Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah (55.76 m), Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.72 m) serta Kampung Jenob (24.97 m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.08 m).

Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.70 m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.00 m) dan Jambatan Melor, Bachok (9.87 m) turut merekodkan bacaan paras bahaya.

Sementara, para air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (3.44 m) dan Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh (2.73 m) berada pada paras waspada. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 6 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad