web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Bukan Tunjuk Hebat, Undi Percaya Bukti Kepada Rakyat, Pelabur Asing

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Dec 2022 7:12PM

Bung Mokhtar Radin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usul undi percaya yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini bukan kerana ingin menonjolkan kekuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya sebagai bukti untuk menarik hati rakyat dan pelabur asing.

Berdasarkan faktor itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, semua Ahli Parlimen perlu memperkukuh hubungan sebagai satu kumpulan, meskipun terdiri dari blok dan parti berbeza.

Menurut beliau, kesatuan dan kerjasama itu penting bagi menghadapi ujian dalam usaha menyelamatkan serta memajukan negara meskipun berbeza ideologi perjuangan.

“Kita perlu realisasikan politik sebenar kerana rakyat marah tiada kerajaan yang mampu. Perdana Menteri bukan nak buktikan kehebatan dia namun sekurang-kurangnya rakyat Malaysia faham kita ada kerajaan stabil dan pelabur (mahu) datang ke negara.

“Ini penting kerana kalau tiada pelabur macam mana nak tolong rakyat, Shahidan ada BERNAS, kami tiada Arau. (Sebab itu), daripada 25 Ahli Parlimen Sabah, 24 orang telah menyokong kerajaan ini,” katanya ketika membahaskan usul undi percaya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bung Mokhtar berkata, semua pihak seharusnya bersikap matang dan tidak mempersoal penggunaan nama kerajaan perpaduan yang dikatakan ‘haram’.

Katanya, seharusnya penyelesaian perlu dicari demi memastikan kestabilan kerajaan perpaduan dapat diteruskan dengan cara apa sekalipun.

“Saya cukup yakin dengan kebijaksanaan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, agar politik stabil dan ekonomi perlu dimakmurkan untuk kita dapat membela nasib mereka (rakyat).

“Sudah cukuplah kita melalui pelbagai proses dalam politik yang kita lihat bagaimana kerajaan kita satu penggal sampai tiga Perdana Menteri,” katanya.

Mengulas lanjut, Bung Mokhtar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, perbuatan tersebut hanya merugikan rakyat yang ketika ini sudah bosan dengan wayang politik ciptaan pemimpin.

“Kita pertahankan konsep tersebut agar rakyat dapat membela nasib mereka. Perkara baik yang dilakukan kerajaan perlu disokong, jangan membangkang terus dan perlu beri laluan kepada Perdana Menteri.

“Saya yakin beliau (Anwar) boleh lakukan terbaik untuk kerajaan, kesian (kasihan) ke negara kita,” katanya. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan