web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Banjir Perlu Dibahas Esok, Negara Perlu Isytihar Darurat Iklim

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 8:34PM

Di Kelantan, amaran cuaca tahap bahaya itu membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengemukakan usul tergempar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, bagi memohon bencana banjir di Pantai Timur dibahaskan.

Menerusi usul tersebut, beliau mencadangkan sidang Dewan Rakyat mengisytiharkan darurat iklim agar pelbagai pihak, khususnya kerajaan mampu menggerakkan usaha yang radikal serta membincangkan langkah mitigasi banjir pada kadar segera.

Katanya, banjir di Pantai Timur semakin merisaukan apabila kira-kira 25,000 keluarga dilaporkan terjejas.

“Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan bahawa banjir tahun ini memberi kesan kepada 10 juta orang di Pantai Timur sahaja dan lebih teruk berbanding tahun lepas.

“Banjir besar tahun lalu telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM6.5 billion dengan 54 kematian, dan menjejaskan lebih 300,000 keluarga. Ini adalah berkenaan kepentingan orang ramai

“Ia perlu ditangani dengan segera kerana setiap saat yang ditangguhkan akan menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia terkesan,” katanya menerusi usul yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Selain pengisytiharan darurat iklim, Syed Saddiq berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan pemberian bantuan sebelum, semasa dan selepas bencana.

Beliau yang juga Presiden MUDA berkata, pelbagai pihak termasuk pembangkang perlu bekerjasama dengan kerajaan perpaduan menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

“Ini bagi memastikan bantuan dapat dimaksimakan dan diberi dengan segera, di samping menyelaras koordinasi serta bantuan di peringkat negeri dan Persekutuan untuk mengelakkan sebarang keciciran.

“Kebajikan mangsa banjir perlu dipastikan terjamin dan dibantu secara holistik ketika dan selepas bencana,” katanya.

Sehubungan itu, Syed Saddiq merayu agar usul yang di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) Majlis Dewan Rakyat itu diteliti, diterima dan dibahaskan segera agar keselamatan rakyat ketika menghadapi banjir lebih terjamin.

Banjir di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Perak dilaporkan bertambah buruk berikutan hujan lebat berterusan malah jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara juga semakin bertambah.

METMalaysia mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan sangat lebat secara berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga esok.

Di Kelantan, amaran cuaca tahap bahaya itu membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Hujan lebat berterusan peringkat buruk juga dijangka di Kedah, melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Gua Musang); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) bagi tempoh sama.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan keseluruhan Perlis dan Pulau Pinang, manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Perak (Kerian, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama), selain Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru). – Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Kontroversi Keputusan Triathlon: Syed Saddiq Mohon Maaf, Akui Kesilapan

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 10 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan