web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aktres Julia Farhana Sah Jadi Isteri Dr Che Hafiz, Sudah Menikah 14 Disember Lalu 

Julia memaklumkan berita yang menggembirakan itu menerusi hantaran di Instagramnya. 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 7:20PM

Julia memohon maaf atas kelewatannya mengumumkan tentang berita pernikahan mereka. - Gambar dari Instagram Julia Farhana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Julia Farhana sah menjadi isteri kepada lelaki pilihannya, Dr Che Hafiz dalam satu majlis pernikahan tertutup yang hanya dihadiri hanya keluarga terdekat sahaja. 

Julia memaklumkan berita yang menggembirakan itu menerusi hantaran di Instagramnya dengan memuat naik gambar tidak rasmi pernikahannya bersama Che Hafiz. 

Mengenakan pakaian rona putih sedondon, Julia memohon maaf terutama kepada rakan-rakan seperjuangan dan rakan media di atas kelewatannya mengumumkan tentang berita pernikahan mereka. 

“Kami ingin memohon maaf kepada semua orang atas pengumuman lewat ini, kepada rakan-rakan, rakan-rakan media kami dan semua orang yang tidak menyedari perkahwinan kami kerana kami mahukan acara yang sangat peribadi di kalangan ahli keluarga. Kami memohon maaf dengan  ikhlas.

“Saya dan suami dengan rendah hati meminta doa yang baik-baik daripada semua orang pada saat kami memulakan perjalanan ini sebagai pasangan suami isteri. Terima kasih semua. 

“Nanti, bila gambar-gambar rasmi sudah sedia, kami akan kongsi,” tulisnya. 

Namun, Julia tidak menyertakan maklumat bila dan di mana majlis pernikahan mereka itu diadakan di dalam hantaran tersebut. Bagaimanapun, difahamkan Julia sudah pun menikah dengan Dr Che Hafiz pada 14 Disember lalu. 

Ini adalah perkahwinan pertama buat Julia Hana, manakala perkahwinan kedua buat Dr Che Hafiz yang sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dengan penyanyi dan pelakon, Lufya. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

2

Seni & Hiburan 5 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Istiadat Perkahwinan Diraja Putera Mateen, Anisha Sudah Bermula

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi