web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khatan Anak Perempuan: Tiada Hukum Atau Fatwa Wajibkan - Mufti Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 7:00AM

Dr Amalina Che Bakri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Khatan kanak-kanak perempuan di Malaysia sering menjadi isu apabila ada pihak berpendapat ia perlu dilakukan kerana sudah menjadi amalan tradisi masyarakat Islam di negara ini.

Sebahagian pula menganggap perbuatan itu adalah penindasan terhadap hak kaum hawa dan berisiko mencacatkan alat kelamin wanita (FGM).

Bagaimanapun, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tiada hukum atau fatwa yang mewajibkan perempuan Islam dikhatankan, seperti kemestian untuk ia dilakukan ke atas setiap kanak-kanak lelaki.

Katanya, sukar untuk rakyat di negara ini menerima kanak-kanak perempuan Islam tidak dikatankan, berikutan perkara itu sudah diterima sebagai adat dalam agama itu di nusantara.

Malah, isu khatan dalam kalangan kanak-kanak perempuan menerima pelbagai kekhilafan dan pandangan berbeza ulama.

“Hanya kanak-kanak lelaki wajib dikhatankan, tidak kepada perempuan. Perkara ini cuma kita agak banyak bergantung kepada adat persekitaran masyarakat setempat.

“Ada mufti kata khatan perempuan hukumnya hanya sunat, harus dan ada ulama mengatakan ia wajib demi membuang sebahagian lapisan luar bahagian alat sulit wanita.

“Namun, namun tiada nas dalam Al-Quran atau hadis mewajibkan anak perempuan dikhatankan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Terdahulu, pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini menetap di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri menerima kecaman dan kata-kata lucah selepas membuat kenyataan mengenai isu khatan menerusi Instagram story.

Kenyataan itu sebagai menjawab persoalan dikemukakan seorang pengguna media sosial menerusi ruangan ‘Ask Me A Question’ (tanya saya soalan), adakah perkhidmatan berkhatan bayi perempuan disediakan di UK yang dikenali sebagai negara bukan Islam.

“Adakah ada servis sunat bayi (perempuan) di UK?” soal individu terbabit.

Dr Nur Amalina kemudian menjawab tiada perkhidmatan itu dan anak perempuannya yang kini berusia sembilan minggu tidak dikhatankan.

“Tak, ia haram dilakukan di UK,” jawabnya.

Menjawab soalan daripada pengguna lain di platform sama adakah perkhidmatan itu dibenarkan untuk lelaki di negara berkenaan atau ditegah, Dr Nur Amalina mengatakan ia dibolehkan.

“Ya boleh, khatan bagi lelaki adalah dibenarkan dan boleh dilakukan di hospital,” ujarnya..

Apa dijelaskan Dr Nur Amalina itu, seolah-olah diragui beberapa individu di Malaysia yang kemudian mempertikai kenyataannya dan seolah-olah keliru dengan soal hukum daripada jawapan diberikan.

Lebih melampau, terdapat segelintir netizen lelaki dan wanita sanggup mengeluarkan komen berbaur biadap dan lucah kepada bayinya itu.

Justeru, Dr Nur Amalina menegaskan, beliau tidak pernah mempertikaikan hukum Islam ketika memberi respon terhadap soalan itu, malah mengharapkan masyarakat mengikut fatwa serta undang-undang ditetapkan Malaysia.

Pada masa sama, Wan Salim berkata, seandainya perbuatan berkhatan boleh menyebabkan pendarahan kepada kanak-kanak perempuan itu, ia tidak wajar dilakukan.

“Maka perlu untuk memahami bahawa Islam turut mementingkan keadaan ‘darurat’ jika membabitkan keselamatan diri yang bertepatan dengan prinsip agama itu,” katanya.

Ditanya adakah Dr Nur Amalina perlu pulang ke Malaysia semata-mata untuk mengikuti adat berkhatan ke atas anak perempuan seperti dipratikkan masyarakat tempatan, beliau berkata ia tiada keperluan untuk dilakukan.

“(Mengikut) Hukum agama tidak perlu (pulang ke Malaysia untuk khatan anak perempuannya), ia bergantung kepada kebiasaan masyarakat atau adat setempat. Maknanya, kalau kanak-kanak perempuan di kawasan itu biasanya dikhatan, Islam mengharuskan.

“Tiada larangan yang mengharamkan cuma dinasihatkan apa ‘dibuang’ (dikhatan) daripada alat sulit kanak-kanak perempuan jangan keterlaluan kerana ada ulama mengatakan ia akan memudaratkan. Jadi, kena elak perkara itu kalau nak sunatkan anak perempuan,” katanya.

Mengulas lanjut, Wan Salim menasihatkan orang ramai agar merujuk terlebih dahulu kepada ulama, sekiranya wujud kekeliruan berhubung amalan khatan. Ia bagi memastikan mereka tidak melemparkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah.

“Kita nasihatkan kepada orang ramai supaya bertanya, dapatkan pandangan daripada ulama berwibawa dan saya hampir pasti bahawa semua akan bersetuju tidak wajib khatan anak perempuan, ia cuma mengikut adat setempat yang dipanggil uruf dalam bahasa Arab.

“Uruf ini satu konsep dan sumber yang diambil kira dalam menentukan sama ada memutuskan atau mengeluarkan sesuatu hukum.

“Kalau kita buat perkara menyalahi uruf, iaitu adat setempat, nanti orang ramai pandang serong. Maka, kita perlu elak keadaan itu. Namun, tidak perlu anak perempuan dikhatankan, sekiranya masyarakat boleh memahami hukum tersebut dengan sebaiknya,” katanya.

Sementara itu, menerusi jawapan diberikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ketika menjawab persoalan seorang individu, mengikut hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (No 349), wanita juga berkhatan dan bukan sahaja lelaki.

Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti diputuskan Imam al-Syafie.

Manakala, Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada memberikan pendapat dalam mazhab Syafie, bahawa hukum berkhatan adalah sunat ke atas wanita, tetapi pendapat ini dianggap syadz (ganjil).

“Imam Ahmad turut menyatakan ia wajib, tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan United Kingdom mengharamkan khatan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak perempuan dengan menguatkuasakan Akta Larangan Berkhatan Wanita 1985 yang menjadikan perbuatan itu sebagai kesalahan dan sekiranya dilakukan, boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Negara yang mengamalkan sistem beraja itu tidak membenarkan perbuatan tersebut, susulan ia dikatakan mampu mengakibatkan FGM.

Pentadbirannya turut mewujudkan Akta Kecacatan Alat Kemaluan Wanita 2003 dan Akta Larangan Kecacatan Alat Kemaluan Wanita (Scotland) 2005, di mana menjadi kesalahan sekiranya warganegara British atau penduduk tetap di negara berkenaan melakukan khatan anak perempuan.

Sekiranya disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Ekonomi 6 bulan yang lalu

British Airways Sambung Laluan Ke KL Bermula November

3

Sukan 8 bulan yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 4 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan