web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saman, Sekat Kebebasan Suara Tak Halang Anak Muda Kritik Kesilapan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 1:51PM

Hamzah Zainudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) yakin anak muda akan terus menilai ‘baik buruk’ Kerajaan Perpaduan termasuk mengkritik pentadbirannya menerusi platform pilihan mereka, walaupun kebebasan dan hak bersuara mereka disekat di media sosial.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, golongan muda yang mempunyai semangat patriotisme, sudah pasti terus menzahirkan pandangan dengan membuat pelbagai kritikan, sekiranya kerajaan melakukan kesalahan.

“Selain kegilaan menyaman sesiapa sahaja yang mengkritik mereka (Kerajaan Perpaduan), kerajaan gabungan pimpinan PH ini juga menyekat kebebasan dan kreativiti anak muda di media sosial.

“(Walaupun) Pakatan Harapan (PH) seolah-olah bertindak membelakangkan perjuangan gabungannya sendiri yang sebelum menjadi kerajaan kononnya mahu memberi kebebasan bersuara kepada orang ramai, termasuk golongan muda,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, PN juga yakin anak muda yang sayangkan negara akan terus menzahirkan sokongan, mahupun kritikan mengikut cara serta kreativiti di platform pilihan mereka.

“Mereka tidak akan berhenti daripada menyuarakan apa yang mereka perjuangkan demi kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, tindakan pemantauan terhadap kandungan media sosial akan dilakukan kerajaan, tetapi ia tidak akan menyekat hak bersuara atau kebebasan media dalam melaporkan isu terkini.

Katanya, beliau akan terus mempertahan hak kebebasan bersuara, namun pada masa sama, meneliti undang-undang berkaitan.

Beliau berkata, rakyat seharusnya tidak salah faham kerana hak bersuara masih diberikan, bagaimanapun ia tidak menimbulkan fitnah dan membuat tohmahan tidak berasas. 

“Setiap perbuatan ada tindakan balas termasuk di mahkamah.

“Kementerian termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menjaga hak bersuara tetapi tetap mengawasi batas undang-undang,” tegasnya. – Getaran, 23 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula