web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gelagat Agong, Raja Permaisuri Beratur Beli KFC Curi Tumpuan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 5:35PM

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan apabila mengunjungi KFC di Taman Tun Dr Ismail, hari ini. - Gambar dari Facebook Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kemunculan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di restoran makanan segera, KFC di Taman Tun Dr Ismail di sini, hari ini mencuri tumpuan pelanggan di situ, apabila baginda ‘bersahaja’ beratur memesan makanan di kaunter.

Berdasarkan beberapa keping gambar dimuat naik di Facebook Istana Negara, Al Sultan Abdullah dengan diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda dan cucunda baginda, dilihat sedang memesan hidangan ayam goreng.

Lebih mengujakan, walaupun berstatus raja, baginda sekeluarga beratur bersama pengunjung restoran lain untuk memesan santapan tengah hari.

Menurut keterangan di Facebook itu, keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri di restoran makanan segera itu adalah secara mengejut. 

Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan tengah hari di tingkat atas restoran tersebut bersama pengunjung lain.

Selesai santapan, pasangan diraja itu berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra bersama beberapa pengunjung restoran.

Al-Sultan Abdullah serta Raja Permaisuri turut berkenan merakamkan gambar bersama mereka. 

Tindakan spontan itu turut menarik perhatian pelanggan dan kakitangan restoran berkenaan yang pastinya teruja melihat Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengetepikan protokol rasmi buat seketika.

Al Sultan Abdullah dengan diiringi Raja Permaisuri Agong memesan makanan di KFC, hari ini.
Al Sultan Abdullah dengan diiringi Raja Permaisuri Agong memesan makanan di KFC, hari ini.

Rata-rata pengguna Facebook meninggalkan komen di ruangan status itu dengan memuji sikap baginda berdua serta menyifatkan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri sebagai sultan berjiwa rakyat.

"MasyaAllah... Agong dan Tunku (Azizah) sangat menyantuni rakyat jelata,”  kata Cik Puan Nora. 

“Baginda boleh sahaja titahkan KFC hantar ke istana atau buka restoran dekat istana, tapi sikap berjiwa rakyat Tuanku sanggup luang masa di luar untuk bersama rakyat. Daulat Tuanku,” kata Mohd Razif Sohimi. 

“Daulat Tuanku, Agong yang disayangi rakyat Malaysia. Simplenya (ringkasnya) pakaian Tuanku,” kata Ren Terez. 

“Inilah Agong kesayangan rakyat. Syabas Tuanku,” kata Rahim Adam. - Getaran, 29 Disember 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 5 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 5 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 11 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula