web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasaran Buruh Meningkat, Stabil Di Landasan Pemulihan - DOSM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Dec 2022 8:21PM

Fasa peralihan ke endemik bermula pada 1 April lalu, meningkatkan peluang kepada perniagaan untuk bangkit semula. - Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasaran buruh Malaysia meningkat dengan stabil dan berada di landasan pemulihan sejak Januari lalu susulan pelbagai strategi dilaksanakan di negara ini, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, fasa peralihan ke endemik bermula pada 1 April lalu, meningkatkan peluang kepada perniagaan untuk bangkit semula.

Menurutnya, ia seiring pelbagai inisiatif kerajaan dan bantuan kewangan kepada sektor tidak formal, bagi menangani impak COVID-19 terhadap perniagaan mereka.

“Justeru, trend menggalakkan ini akan meningkatkan bilangan peralihan guna tenaga daripada sektor tidak formal kepada formal serta pekerjaan tidak formal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata, pada tahun lalu, pandemik COVID-19 terus merebak ke seluruh dunia dan memberi cabaran luar jangkaan terhadap pemulihan ekonomi global.

Jelasnya, pada separuh tahun kedua 2021, pendekatan lebih bersasar digunakan bagi menangani situasi kesihatan awam, berbanding sekatan ketat dilaksanakan tahun sebelumnya.

“Seiring langkah lain kerajaan, ekonomi Malaysia meningkat ketara berikutan operasi berterusan dalam aktiviti ekonomi dengan waktu operasi perniagaan lebih panjang, termasuk aktiviti pasar malam, pasar minggu, bazar, pasar tani, penjaja dan peniaga gerai serta kebenaran pelaksanaan aktiviti sosial dan perjalanan rentas negeri.

“Justeru, situasi ini dicerminkan oleh peningkatan dalam bilangan guna tenaga membabitkan sektor informal dan pekerjaan tidak formal di Malaysia pada tahun 2021, berbanding tahun pra-pandemik pada 2019,” katanya.

Beliau berkata, bilangan guna tenaga lebih tinggi dalam sektor informal pada tahun tersebut, sebahagiannya adalah disebabkan impak pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, jelasnya, berlaku mobiliti buruh antara sektor dalam ekonomi bagi membolehkan mereka menampung kelangsungan hidup, terutama golongan terjejas teruk akibat pandemik, iaitu sektor pelancongan dan industri berkaitan pelancongan.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, jumlah pekerja tidak formal Malaysia mencapai 3.5 juta orang pada 2021 dan menyumbang kepada 23.2 peratus daripada jumlah guna tenaga negara.

Jelasnya, jumlah itu berdasarkan Laporan Survei Sektor Informal dan Pekerjaan Informal Malaysia 2021 yang membentangkan statistik guna tenaga dalam sektor informal serta pekerjaan tidak formal.

Pada masa sama, Mohd Uzir berkata, daripada jumlah pekerjaan tidak formal 3.5 juta orang itu, sebanyak 57 peratus atau dua juta orang disumbangkan dalam sektor informal, diikuti sektor formal sebanyak 42 peratus (1.5 juta orang) dan isi rumah dengan satu peratus (35,200 orang).

Di samping itu, tambahnya, bilangan pekerjaan tidak formal bagi bukan pertanian yang merangkumi sektor formal dan tidak formal serta isi rumah adalah sebanyak 2.72 juta orang.

“Pada tahun tersebut, pekerjaan tidak formal tertumpu dalam sektor formal (50.9 peratus) dengan 1.38 juta orang dan diikuti sektor informal (47.8 peratus) dengan 1.3 juta orang,” katanya. - Getaran, 30 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Buruh Bunuh Teman Wanita Terlepas Tali Gantung, Dipenjara 35 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kesan Tikaman Pada Badan, Kepala, Buruh Ladang Dipercayai Dibunuh

3

Semasa 1 tahun yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Syarikat Satelit TV Indonesia IPTV Lebarkan Sayap Ke Malaysia Tahun Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 17 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'