web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibu Bapa 2 Beradik Rentung Akan Dipanggil Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 5:48PM

Dua beradik maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi. - Gambar ihsan JBPM Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa kepada dua beradik yang ditemui rentung dalam kebakaran di kediaman mereka di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanguit dekat Gombak, awal pagi tadi akan dipanggil bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, buat masa ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Mayat dua beradik itu telah dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

“Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat yang juga Ketua Polis Balai Gombak, Inspektor Heirme Che Mad di talian 014-2389151 atau 03-61895222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zainal Mohamed, mayat dua beradik yang terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan adik lelakinya berusia tujuh tahun, ditemui dalam bilik utama kediaman mereka.

Katanya, polis menerima laporan kejadian pada jam 3.53 pagi tadi melalui panggilan MERS999 dan kebakaran tersebut membabitkan tiga buah rumah.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya lebih kurang sejam oleh pihak bomba dan sebuah rumah telah hangus terbakar. 

“Sebaik kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, anggota bomba yang melakukan pemeriksaan menjumpai dua mangsa dalam bilik utama rumah berkenaan,” katanya.

Dalam kebakaran awal pagi tadi, Nur Syaza Alfisya, 10, dan adik lelakinya, Muhammad Al Qayyum, 7, ditemui rentung.

 Norazam Khamis - Gambar fail
Norazam Khamis - Gambar fail

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.54 pagi tadi.

Katanya, seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak diarahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan rumah teres kelas A yang terbakar 70 peratus dan pasukan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran.

“Anggota bomba menemui dua mangsa terdiri dua kanak-kanak rentung dalam kejadian itu, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci dengan ibu bapa mangsa keluar rumah.

“Mayat dua beradik ditemui berhampiran pintu bilik. Mereka dipercayai berusaha untuk keluar tetapi tidak berjaya disyaki akibat lemas dalam asap," katanya. - Getaran, 2 Januari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 7 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok