web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akibat Mahu Untung Lumayan, Pelajar Tingkatan 6 Lesap Wang Pusaka RM22,300 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2023 9:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Gara-gara mahu mendapatkan keuntungan lumayan ditawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Telegram, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun kerugian RM22,300.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang juga pelajar Tingkatan Enam itu memaklumkan, terdahulu dia melayari Facebook pada 14 Disember lalu.

Menurutnya, mangsa memberitahu selepas dimasukkan pihak terbabit ke aplikasi Telegram pula, dia dimaklumkan akan menerima pulangan lumayan dalam tempoh tiga jam sahaja.

“Mangsa memindahkan wang sebanyak RM1,000 ke akaun suspek. Difahamkan suspek memberikan identiti (ID) dan kata laluan bagi laman web pelaburan itu. 

“Selepas membuat pelaburan berkenaan, mangsa mendapati pulangan sebanyak RM16,000 dimasukkan ke dalam akaunnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Bagaimanapun, Ramli berkata, suspek meminta beberapa bayaran sebelum mangsa dapat mengeluarkan duit itu.

“Mangsa mengalami kerugian RM22,300, iaitu duit simpanan yang merupakan wang pusaka arwah ibu mangsa daripada Amanah Raya. 

“Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera pada Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. 

Sehubungan itu, Ramli berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

“Sekiranya ingin membuat pelaburan, boleh melakukan semakan atau mendapatkan maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) 

“Pada masa sama, semakan boleh dibuat menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, sebagai langkah pencegahan daripada menjadi mangsa pelaburan tidak wujud,” katanya. - Getaran, 2 Januari 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 6 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok