web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Kerakyatan, Penjualan Mykad Akan Diperinci Ketika Lawatan di JPN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 2:43PM

KDN akan memperincikan isu kerakyatan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa warga asing serta kes penjualan kad pengenalan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperincikan isu kerakyatan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa warga asing serta kes penjualan kad pengenalan semasa sesi lawatannya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengamal media dialu-alukan untuk mengemukakan soalan berkenaan isu itu termasuklah cadangan pindaan peraturan kerakyatan Perlembagaan Persekutuan semasa lawatan berkenaan.

Saifuddin bagaimanapun menegaskan, beliau hari ini hanya mahu mengutamakan perkara membabitkan isu yang membelenggu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). 

“Hari ini tajuk AADK terlebih dahulu. Saya akan melawat JPN (dalam waktu terdekat), boleh tanya soalan itu," katanya ringkas menjawab pertanyaan media mengenai isu berkenaan.

Terdahulu Saifuddin mengadakan lawatan dan mendengar sesi taklimat di Ibu Pejabat AADK, Bandar Baru Bangi, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, kerajaan akan memulakan proses pindaan Perlembagaan Persekutuan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu kewarganegaraan anak kepada wanita rakyat Malaysia dan pasangan warga asing yang lahir di luar negara.

Menurut beliau, pindaan pada Bahagian II Jadual Ke-2 Perlembagaan Persekutuan itu bagi membolehkan kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita warga Malaysia di luar negara mendapat hak kerakyatan negara ini, sama seperti anak kepada bapa warga Malaysia yang lahir di luar negara.

Katanya, beliau akan mengemukakan Memorandum Jemaah Menteri berhubung pindaan itu ke Kabinet bersama dengan Saifuddin dalam masa terdekat.

Isu itu mula mendapat perhatian selepas kumpulan hak asasi Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita warga Malaysia memfailkan saman pemula pada 18 Disember 2020.

Saman pemula itu difailkan bagi menuntut perisytiharan bahawa anak wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan rakyat asing, layak memperoleh kewarganegaraan secara automatik walaupun mereka dilahirkan di luar negara.

Pada 9 September 2021, mereka berjaya dalam tuntutan itu selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangan rakyat asing berhak mendapat kerakyatan negara ini secara automatik.

Namun, keputusan itu berubah pada 5 Ogos lalu apabila Mahkamah Rayuan memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Pada 14 Disember lalu, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada enam ibu warga Malaysia dan Family Frontiers untuk meneruskan rayuan bagi menuntut hak kerakyatan berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjadikan pindaan Perlembagaan itu sebagai sebahagian daripada manifesto mereka. - Getaran, 5 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

MEKAR Diaspora JPN Di Arab Saudi Kendali 240 Perkhidmatan Untuk Rakyat Malaysia

2

Semasa 9 bulan yang lalu

JPN Cetak 160,000 MyKid, Serah Kepada Pemohon Secara Berperingkat - KDN 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Bukan Hassan Yang Muat Naik Video Saifuddin

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Jangan Buat Laporan Palsu Konon Disamun Jika Hilang MyKad, Pasport

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 7 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok