web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pindahan Hukuman Gantian Mati Mandatori Dibentang Pada Sesi Parlimen Akan Datang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 10:18PM

Ia hendaklah mengambil kira kedudukan semua pihak yang terlibat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta kedaulatan undang- undang (rule of law) sentiasa diberi keutamaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif untuk meneliti dan mengkaji semula cadangan serta pandangan yang telah dikemukakan sebelum ini berkaitan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata ini termasuk syor jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Richard Malanjum, sesi libat urus agensi kerajaan berkaitan serta pihak organisasi masyarakat sivil (CSO) dan badan bukan kerajaan (NGO). 

Beliau berkata cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori yang sedang diteliti hendaklah mengambil kira kedudukan semua pihak yang terlibat demi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta kedaulatan undang- undang (rule of law) sentiasa diberi keutamaan.

“Proses ini perlu menitikberatkan aspek perundangan, oleh itu pindaan undang-undang yang berkaitan akan dimuktamadkan dengan segera memandangkan pindaan-pindaan ini dijadualkan untuk dibentang di Dewan Rakyat pada persidangan yang akan datang”, katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Karen Cheah semasa Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 telah menggesa kerajaan mengambil langkah sewajarnya supaya kira-kira 1,327  banduan hukuman mati dikecualikan daripada hukuman  tersebut selepas hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan dimansuhkan.

Ramkarpal berkata sebelum ini, sebanyak tujuh Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan akta pelaksanaan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori telah dibentangkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- Undang) di Dewan Rakyat pada 6 Okt tahun lalu.

Beliau berkata sebarang pindaan perlu dibentangkan semula pada sidang Parlimen yang akan datang berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022.  

“Kerajaan Perpaduan sentiasa komited terhadap pemansuhan hukuman mati mandatori dan yakin penyelesaian yang terbaik akan dilaksanakan terhadap 1,327 banduan hukuman mati demi memastikan kepentingan semua pihak akan diambil kira,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia