web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bersalah Langgar SOP, Kompaun RM60,000 Menanti Neelofa Sekeluarga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2021 1:16PM

Neelofa, suami dan keluarga didenda hampir RM60,000 selepas didapati melanggar SOP PKPB pada majlis perkahwinannya bulan lepas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Genap sebulan mendirikan rumah tangga, usahawan dan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor menerima padah selepas didapati bersalah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada majlis perkahwinannya bulan lalu.

Dia dan suami, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz masing-masing dikompaun RM20,000 dan RM10,000, manakala 20 ahli keluarga mereka berdepan kompaun RM1,500 setiap satu.

Kompaun berkenaan yang tidak ditawarkan sebarang diskaun turut membabitkan kesalahan merentas negeri.

 Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, aktiviti merentas negeri yang dilakukan atas alasan perniagaan itu didapati turut mencakupi aktiviti di luar skot kebenaran.

Menurut beliau, ahli keluarga Neelofa dikenakan kompaun atas kesalahan gagal mematuhi peraturan penjarakan fizikal, sekurang-kurangnya dengan jarak satu meter sewaktu akad nikah berlangsung.

“Semua kompaun tersebut perlu dijelaskan dalam tempoh dua minggu bermula hari ini dan kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka didakwa di mahkamah,” katanya di sini hari ini.

Kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Jumlah keseluruhan kompaun dikenakan ialah RM60,000. – Getaran, 27 April 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Nilofa Group Mohon Maaf Selepas Buat Promosi Berbaur Lucah

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Anak Gajah Mati Dilanggar Di JRTB

4

Selebriti 6 bulan yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki