web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masalah Internet Di Universiti Awam Masih ‘Tenat’, Kerajaan Sila Atasi Segera

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 9:01PM

Masalah ini bukan sahaja berlaku di Universiti Malaya (UM), malah di hampir semua institusi pendidikan di Malaysia - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan perlu peka untuk menangani masalah kemudahan akses internet dan kelajuan jalur lebar di universiti awam (UA) yang masih tidak bernoktah.

Eksekutif Umum Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), Muhammad Noraiman Zulkifli berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga, diminta melaksanakan usaha meningkatkan kemudahan itu bagi manfaat warga institusi pendidikan berkenaan.

Katanya, permasalahan itu masih tiada jalan penyelesaian walaupun kerajaan ‘berganti’ dan pelbagai pihak mendakwa kemudahan terbabit, kini semakin baik serta mencapai tahap memuaskan.

“Masalah ini bukan sahaja berlaku di Universiti Malaya (UM), malah di hampir semua institusi pendidikan di Malaysia. 

“Hari ini, kebanyakkan UA menerima padah sama, tenat, teruk, ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’.

“Berdasarkan tinjaun WiFi kolej kediaman yang kami lakukan, hampir 200 responden menunjukkan bahawa capaian internet di situ masih tidak memuaskan, tidak stabil dan kerap hilang,” katanya kepada Getaran hari ini. 

Muhammad Noraiman berkata, pihaknya kesal walaupun negara sedang menuju ke arah rangkaian 5G, namun masih tidak ada plan drastik dilaksana kerajaan, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk menanganinya. 

Justeru, katanya, terdapat keperluan untuk memberi penekanan terhadap aspek penyediaan peruntukan bagi tujuan penambahbaikan capaian internet di IPTA pada pembentangan Belanjawan 2023, Febuari depan. 

Beliau berkata, pihaknya menuntut supaya pembentangan dilakukan Anwar itu mengandungi peruntukan setimpal untuk perkara terbabit. 

“Ini bagi menaiktaraf rangkaian WiFi di semua IPTA seluruh negara, khususnya di UM kerana internet adalah asas untuk semua aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP),” katanya. 

Dalam pada itu, Muhammad Noraiman berkata, kerajaan perlu lebih agresif dan menyediakan perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah terbabit.

“Kerajaan hari ini juga seharusnya mengerah pihak KPT bagi menyelaras dan kordinasi bersama pihak KKD bagi mengenalpasti UA, institut pengajian tinggi swasta (IPTS) serta kolej yang memerlukan penaiktarafan ini. 

“Terdapat keperluan ia dilakukan supaya peruntukkan bajet akan sampai ke tempat sebetulnya dahulu,” katanya. 

Mengulas lanjut, Muhammad Noraiman menegaskan, isu membabitkan masalah capaian internet bukan sahaja membelenggu mahasiswa, malah ramai rakyat Malaysia belum dapat menikmati kemudahan itu, terutama di kawasan luar bandar. 

“Namun, hakikatnya perlu diakui, bahawa masih ramai rakyat Malaysia belum mendapat kemudahan internet, khususnya di luar bandar. 

“Lebih menyedihkan apabila melihat Malaysia jauh ditinggalkan negara lain dalam aspek ini, antaranya Myanmar,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

2

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 15 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan