web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasat Segera Ketirisan RM4 Bilion Babitkan Parti, Tokoh Tertentu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Jan 2023 9:50PM

Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion kebocoran dalam sistem perolehan kerajaan, sekiranya amalan rasuah dihentikan di semua peringkat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa mengambil tindakan susulan terhadap pendedahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa RM3 bilion hingga RM4 bilion ‘bocor’ kepada parti serta tokoh tertentu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kedua-dua agensi penguatkuasa itu perlu segera melakukan siasatan secara menyeluruh.

Menurutnya, kaedah sekadar retorik sahaja tidak diperlukan dalam memerangi rasuah. 

“Saya ingin mengingatkan bahawa pendedahan demi pendedahan hal rasuah, ketirisan dan kebocoran tidak akan sampai ke mana jika tiada siasatan serta pendakwaan dilakukan.

“Apa diperlukan bukan sekadar retorik, sebaliknya siasatan secara forensik ke akar umbi hal ketirisan dan kebocoran (bagaimana) itu berlaku, memandangkan ini duit negara serta wang rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kelmarin, Anwar pada Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Putrajaya menegaskan, Malaysia mampu menyelamatkan sehingga RM10 bilion kebocoran dalam sistem perolehan kerajaan, sekiranya amalan rasuah dihentikan di semua peringkat.

Beliau berkata, kebocoran boleh dihentikan sekiranya amalan rasuah dibanteras di semua peringkat, termasuk mengubah cara lama, iaitu tanpa campur tangan politik atau kepentingan peniaga besar dalam perolehan kerajaan.

Menteri Kewangan itu memaklumkan, daripada pengalamannya, ketirisan dapat dikurangkan sekiranya hal perolehan diserahkan kepada pihak yang berupaya dalam isu seperti banjir atau pembelian senjata.

Hassan yang juga seorang peguam berkata, siasatan tersebut perlu diteruskan ke peringkat pendakwaan kerana tiada gunanya siasatan, sekiranya fail kes berkenaan ditutup selepas disiasat.

Katanya, pendakwaan mesti cekap dan dikendalikan secara profesional. 

“Pada masa sama, kes yang akan dibawa ke mahkamah mesti kukuh daripada segi fakta dan undang-undang, supaya penjenayah kolar putih ini tidak boleh terlepas,” katanya. 

Dalam pada itu, Hassan berkata, beliau yakin rakyat dan Ahli Parlimen akan menyokong usaha Perdana Menteri untuk membanteras rasuah.

“Apapun, permulaan yang baik dan positif sudah diambil inisiatif oleh Perdana Menteri.

“Maka agensi lain, seperti SPRM, PDRM dan Jabatan Pendakwa Raya serta Peguam Negara tidak boleh sekadar berpeluk tubuh sahaja,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 14 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 8 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok