web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwa Usul Tambahan Langgar Perlembagaan UMNO, RoS Digesa Siasat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 3:40PM

Usul itu melanggar Perkara 9.3 Perlembagaan UMNO yang memperincikan semua jawatan, termasuk presiden dan timbalan presiden mesti dibuka untuk pertandingan setiap tiga tahun. - Gambar Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Dua ahli UMNO memfailkan aduan berasingan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) di sini, hari ini bahawa usul berhubung dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan yang diluluskan semasa perhimpunan agungnya baru-baru ini, melanggar Perlembagaan parti dan prosedur mesyuarat.

Dalam aduan mereka, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom dan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir menyatakan usul itu melanggar Perkara 9.3 Perlembagaan UMNO yang memperincikan semua jawatan, termasuk presiden dan timbalan presiden mesti dibuka untuk pertandingan setiap tiga tahun.

“Ini bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti kekal kukuh.

“Usul ini yang diperkenalkan oleh perwakilan dari Rembau, membolehkan individu berkepentingan mengambil kesempatan daripada keadaan itu dan seterusnya melemahkan demokrasi dalam parti,” kata Fiqri.

Usul itu dikemukakan pada saat akhir oleh perwakilan UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudin terbabit ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, minggu lalu.

Fiqri, yang juga ahli UMNO bahagian Negri Sembilan berkata, usul itu tidak pernah dibincangkan di peringkat bahagian atau cawangan dan tidak mewakili pandangan ahli akar umbi.

Sementara itu, Aizat yang juga ahli UMNO bahagian Terengganu menjelaskan, usul tersebut melanggar prosedur parti kerana sebarang usul ad hoc diperkenalkan, memerlukan Majlis Tertinggi parti menjelaskannya kepada perwakilan dan usul terbabit menjadi kepentingan umum.

“Jelas sekali tiada penjelasan diberikan kepada perwakilan mengenai usul itu dan ia bukan soal kepentingan awam.

“Usul itu hanya menguntungkan pemegang dua jawatan teratas,” katanya.

Ketika ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memegang jawatan Presiden UMNO, manakala Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai timbalannya.

Aizat kemudian menggesa ahli parti yang tidak bersetuju dengan usul itu dan cara ia diluluskan, supaya memainkan peranan sama ada dengan memfailkan aduan mereka kepada RoS atau menyuarakan bantahan daripada berdiam diri.

Sementara itu, kedua-dua ahli UMNO terbabit turut meminta RoS menyiasat sama ada terdapat sebarang pelanggaran prosedur atau peraturan parti dan menjalankan semakan penuh terhadap usul berkenaan.

Ia susulan usul itu diluluskan dengan undian hampir sebulat suara semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 baru-baru ini, walaupun menerima tentangan daripada pelbagai ahli sepanjang perhimpunan itu. – The Vibes, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang