web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Taktik Bungkus Dadah Dalam Paket Minuman Gagal, Penganggur Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 10:29AM

Antara paket minuman mengandungi dadah yang dirampas polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Taktik menyimpan dadah ke dalam paket minuman ternyata gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila seorang lelaki ditahan bersama 304 paket minuman mengandungi campuran syabu, ketamin dan ekstasi.

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol, di sini, kelmarin.

Difahamkan, ketika ditahan, suspek sedang mengangkat sebuah beg berisi dadah berkenaan di luar keretanya pada kira-kira jam 6.10 petang. 

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek yang juga seorang penganggur itu dipercayai tinggal di sebuah negeri di utara dan datang untuk menghantar bekalan dadah.

Katanya, kegiatan itu dipercayai sudah dijalankan suspek sejak tiga bulan lalu dengan menggunakan modus operandi mengedar bahan terlarang berkenaan di dalam paket minuman bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Pemeriksaan menjumpai 304 paket plastik pelbagai warna disyaki dadah seberat 6,802 gram dianggarkan bernilai RM121,600.

“Polis turut menyita sebuah Perodua Myvi yang disiasat mengikut Akta Pelucutan Harta 1988,” katanya di sini, semalam.

Mior Faridalathrash berkata, suspek yang ditahan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, ujian awal saringan air kencing juga mendapati suspek positif methamphetamine dan direman selama tujuh hari bermula hari ini. - Getaran, 29 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi