web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bau Seperti Minyak Goreng Busuk, Sambal Nyet Khairulaming Jadi Mangsa Ciplak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 1:30PM

Khairul Amin menunjukan label di produk sambal tiruan. - Gambar ihsan Khairul Amin

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bau seperti minyak goreng busuk serta pes cili yang telah berkeladak adalah antara ciri-ciri meloyakan produk palsu yang dijual sebagai ‘Sambal Nyet Berapi’, diasaskan oleh selebriti masakan media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman.

Menerusi satu bebenang di Twitter, Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairulaming, mendedahkan bahawa lebih 700 balang ‘Sambal Nyet Berapi’ tiruan itu telah dijual menerusi laman e-dagang, Shopee, oleh seorang penjual semula yang menggunakan nama ‘Masturaaliyah’.

“Kebelakangan ini aku pelik kenapa ada pembeli menghantar mesej kepada aku, cakap sambal berbuih. Tapi bila aku tengok botol dan poskad, ada macam sesuatu yang tak kena. Macam lain reka bentuknya dan juga rupa sambal itu.

“Yang paling meloyakan, adalah tekstur sambal langsung tak sama. Aku tak tahu apa yang dia letak tapi sambal ni bau minyak goreng ikan yang busuk dan cili dah macam keladak,” kata pemuda yang berumur 29 tahun itu.

Tambahnya, warna merah pelekat pada balang produk tiruan itu juga lebih pudar berbanding pada balang ‘Sambal Nyet Berapi’ yang asli.

“Perkataan (pada pelekat tersebut) semua kabur. Resolusi pelekat (tiruan) sangatlah rendah dan ia juga ditampal dengan menggunakan pita pelekat.

“Poskad pun tak sama. Saya cetak tulisan tangan saya sendiri di poskad, bukanya guna tulisan komputer. Lagipun, saya sudah tak pakai poskad ini,” jelas Khairulaming yang terkenal dengan dua slogan iklannya iaitu Dapur Lonely dan hey what’s up guys.

Projek ‘30 video masakan untuk 30 hari puasa’ kendaliannya merupakan antara yang paling dinantikan warga maya setiap kali menjelang Ramadan tiga tahun lalu.

Khairulaming mula menghasilkan video resipi yang disiarkan melalui media sosialnya sejak 2016 dan laman Instagramnya, @khairulaming, sehingga kini memiliki tiga juta pengikut. - Getaran, 29 April 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Sambal Nyet Berapi Diciplak, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Isu Mas Zhiddin: 'Ketaksuban' Netizen Merisaukan!

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah