web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


15 Kereta Rosak, Bumbung Pejalan Kaki HTI Roboh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 9:13PM

Gambar menunjukkan beberapa buah kereta dihempap oleh bumbung yang runtuh.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Sebanyak 15 kereta yang diletakkan di kawasan parkir kakitangan Jabatan Pesakit Luar Hospital Teluk Intan (HTI) rosak selepas bumbung laluan pejalan kaki roboh akibat ribut dan hujan lebat, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kesemua kereta berkenaan mengalami pelbagai kerosakan, antaranya pecah cermin dan kemek di beberapa bahagian.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, parkir berbumbung berkenaan sepanjang 30 meter roboh.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku namun bumbung yang roboh menghempap 15 kereta yang di parkir di kawasan terbabit.

“Antara kerosakan dialami termasuk pecah cermin hadapan kereta serta kemek di bonet kereta,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, pihak HTI sudah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir berkenaan. - Getaran, 29 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Saya Nampak Bumbung Jatuh Timpa Kereta’ - Penduduk Apartment Putra Ria

2

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Kuatnya Angin, Nak Terbang Kita Dibuatnya Wak!

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Hujan Lebat Membasahi Bumi Kota Madinah

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi