web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Salah Anwar Lantik Nurul Izzah Bantu Tugas - Mufti Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 5:33PM

Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan satu kesalahan apabila Perdana Menteri melantik mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan, jika anaknya itu mempunyai kelayakan diperlukan.

Perkara itu disuarakan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang menegaskan, tindakan pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarga juga tidak salah, sekiranya memiliki integriti dan kepakaran.

Menurutnya, pelantikan itu dapat memudahkan urusan negara apabila dilaksanakan dengan kepakaran yang ada.

“Bagi saya tidak salah seorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarganya sebagai pembantu atau penasihatnya dalam hal kewangan, ekonomi dan sebagainya.

“Asalkan individu dilantik itu mempunyai kelayakan dan kepakaran dikehendaki, di samping ada integriti diri, malah ini boleh memudahkan lagi urusan mahu dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Salim berkata, sebagai seorang agamawan, beliau cenderung melihat isu berkenaan daripada perspektif Islam.

Dalam menilai sesuatu tindakan atau amalan, katanya, sebahagian individu terkeliru antara matlamat dan cara untuk mencapainya.  

“Banyak masa dihabiskan untuk berpolemik mengenai cara untuk mencapai sesuatu matlamat, sedangkan itu sendiri dipinggirkan dan mungkin diabaikan sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, sebagai warganegara Malaysia, rakyat sepatutnya berbangga dengan individu yang sanggup berkhidmat untuk mereka dan negara secara sukarela, tanpa menuntut sebarang ganjaran.

Pada masa sama, Wan Salim mempersoalkan sikap sebahagian masyarakat memprotes seseorang yang berkhidmat untuk negara secara percuma.

“Bagi saya, sikap sedemikian menunjukkan kepada kehilangan pertimbangan akal yang waras.

“Keadaan ini boleh disamakan dengan kisah umat Nabi Luth AS yang mengusir golongan beriman dari kampung halaman dengan alasan mereka adalah orang yang menyucikan diri daripada kejahatan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam hal yang berkaitan tadbir urus sesebuah negara, matlamat ingin dicapai adalah perkhidmatan efisyen, telus dan amanah, agar nasib rakyat terbela, selain kehidupan mereka terjamin daripada aspek kebebasan, keadilan serta kebajikan.

Bagi mencapai keadaan itu, katanya, individu dipertanggungjawab mengendali urusan kerajaan terutama dalam hal membabitkan kewangan, mesti memiliki integriti diri.  

Jelasnya, ia perlu dilaksanakan supaya tidak berlaku ketirisan dan penyalahgunaan dana awam yang merugikan negara.

“Saya tidak mahu memuji Nurul Izzah secara berlebihan kerana sedar beliau hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kelemahan dan kekurangan. Saya juga tidak mahu menyamakan beliau dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang terkenal dengan sifat zuhud dan waraknya.

“Bagaimanapun, setakat yang saya tahu Nurul Izzah bukanlah seorang yang gila harta dan suka kepada kemewahan. Beliau juga mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan dengan jawatan dipegang,” katanya.

Wan Salim memaklumkan, tindakan Anwar melantik Nurul Izzah tanpa sebarang gaji atau elaun adalah tindakan mulia dan terpuji.

“Jika dilihat daripada perspektif Islam, tindakan sedemikian adalah mengikut jejak langkah orang soleh yang mendapat hidayah ALLAH SWT seperti terkandung dalam Al-Quran.

“Semoga ALLAH SWT merestui Anwar dan anaknya, selain memperbanyakkan lagi peribadi unggul seperti ini di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Nurul Izzah memaklumkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Januari lalu, malah ia disahkan Anwar.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau mempelawa anaknya untuk memegang jawatan tersebut bagi membantunya di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Nurul Izzah tidak menerima sebarang elaun untuk tugasan dilakukan di bawah portfolio terbabit. - Getaran, 1 Febuari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan